SEKOLAH TIDAK BOLEH PAKSA IBU BAPA BAYAR YURAN

KUALA LUMPUR: Sekolah persendirian atau swasta terutama yang mendapat bantuan kerajaan diharap tidak memaksa ibu bapa membayar yuran anak-anak yang tidak bersekolah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah tidak beretika jika pihak pengurusan sekolah meminta ibu bapa membayar yuran jika tiada perkhidmatan diberikan.

“Etikanya kalau perkhidmatan tidak diberikan bayaran tidak perlu diminta. Oleh kerana sekolah masih ditutup kos operasi hampir tiada dan mereka tidak bayar gaji guru-guru.

“Kenapa pula ibu bapa yang anak tidak belajar terpaksa bayar yuran walau separuh,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disiarkan stesen televisyen di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri ditanya wartawan mengenai tindakan sekolah persendirian yang tetap meminta ibu bapa menjelaskan yuran walaupun operasi persekolahan belum bermula.

Beliau berharap selagi sekolah tidak dibuka, yuran tidak dikutip dari pelajar-pelajar. — AlHijrah Online/ Zaim Zamani

9 comments

  • NOOR AZRE BIN GHAZALI

    Anak saya mengajar di sekolah swasta. Seminggu selepas PKP pertama, mereka sudah mula mengajar online. Data internet adalah kos. Mereka mengajar setiap hari (kecuali sabtu dan ahad). Siapa nak tanggung kos DATA .. yg dapat free pun setakat sejam .. data habis. So mereka berkerja dan terpaksa keluar duit beli data. So anak saya tidak perlu dibayar gaji ker ?. Bukan semua sekolah swasta mempunyai premis sendiri. Mereka sewa. Bukan semua tuan punya premis bagi perlepasan sewa semasa PKP. Semua sekolah swasta ada kos “security”. Bayaran TNB pun bukan semua dapat perlepasan dan kena bayar secara ansuran (jika tak salah saya). Ismail Sabri patut dapatkan data maklumat terperinci sebelum “sesedap rasa” jawab soalan wartawan DAN biarlah jawab ikut SOP yakni .. biar Radzi Md Jidin yang jawab.

  • Pada musim pkp ini semua sektor termasuk sekolah persendirian sepatutnya tetap membayar gaji pekerja sama ada penuh atau separuh.walaupun guru-guru swasta tidak bekerja sepenuhnya hanya berkerja melalui online, tetapi sebagai pengusaha sekolah persendirian tidak wajar dan tidak beretika kalau tidak membayar gaji guru dan kakitangan sebab musim pkp ini guru sekolah swasta dan kakitangan juga mempunyai keluarga yang perlu ditanggung. Saya harap dalam musim pkp ini semua pertimbangan untuk kebaikan semua golongan harus dipertimbangan bukan hanya melihat hanya dari satu sudut sahaja.

  • Semua orang terkesan dengan situasi yang melanda. Saya setuju 100% dengan Menteri Kanan bahawa adalah “tidak beretika jika pihak pengurusan sekolah meminta ibu bapa membayar yuran jika tiada perkhidmatan diberikan”

    Sebelum ini, ada sesetengah sekolah persendirian menaikkan yuran fees sesuka hati jumlahnya tanpa berbincang dengan ibubapa. Saya fikir sekolah tersebut membuat untung yang banyak sebelum ini. Jadi dalam tempoh sukar ini adalah wajar pihak “owner” sekolah menanggung gaji para guru sekolah mereka. Masing masing harus berkorban buat masa sekarang ini.

  • Anak pun dapat BPN kan? Jangan kata xdpt melainkan anak xmembuat permohonan..

  • kalau taska selepas habis pkpb ni adakah kita wajib bayar walaupun tak hantar kerana tak ada pekerjaan.kalau dalam masa pkp kita pahamla .tolong bagi penjelasan sebab taska bagi 30% je diskaun kalau tak bayar banti nk hantar balik kena bayar balik yuran macam awal tahun.tolong sampaikan pertanyaan ni

  • En Noor Azre pun jgn la sesedap rasa je nak melenting tak tentu pasal. Janganla baca tajuk je. Baca la penerangan skali.

    Apa maksud menteri tu eh sebenarnya kalau beliau nyatakan ‘Adalah tidak beretika jika pihak pengurusan sekolah meminta ibu bapa membayar yuran jika tiada perkhidmatan diberikan.

    Anak En Noor tu kan bagi perkhidmatankan, so apa masalahnya. Mmg patut pun pihak sekolah mintak yuran kalau ada perkhidmatan yg diberikan. Ini tidak, sepanjang PKP, ada taska tu senyap seribu bahasa, perkhidmatan takde, tye khabar pd student pun takde, tup tup sampai bulan pakse ibu bapa bayar yuran. Ini kejam, ibu ayah pun waktu pkp ni ada yg terputus pendapatan.

  • Datu eddy borhan

    GROUP WASAP BERMULA BULAN MEI TAPI DAH MINTA BAYARAN BULAN APRIL AND MEI SEDANGKAN DATA DAN PRINT KERTAS SEMUA ORANGTUA YANG SEDIAKAN KAMI PUN TERJEJAS DENGAN PKP NI…

  • Sekolah madrasah pun,perlu ke bayar yuran bulanan sedangkan tidak ada perkhidmatan di sekolah sepanjang tempoh pkp..kelas online pun(hantar hafalan),ibu bapa sendiri yang kena call guru kelas setiap hari(kecuali jumaat&sabtu-cuti)..nak kena sediakan data untuk call setiap minggu..

  • Anak tidak dihantar langsung sepanjang PKP, tidak wajar membayar yuran taska, kerana jika bayar, ibu bapa menanggung 2 kos, iaitu kos taska dan kos dirumah kerana anak 24 jam dirumah. Dan itu menjadi lebihan kos kepada ibu bapa.

Leave a Reply to Datu eddy borhanCancel reply