PENIAGA HIDAP BIPOLAR DIDENDA RM23,000 BUAT KOMEN JELIK NAHAS HELIKOPTER
TAIPING: Seorang peniaga dalam talian yang mengeluarkan komen jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas, didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Seorang peniaga dalam talian yang mengeluarkan komen jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas, didenda RM23,000. – Bernama
TAIPING: Seorang peniaga dalam talian yang mengeluarkan komen jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas, didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Nabisha Ibrahim menjatuhkan hukuman itu ke atas Saifuddin Shafik, 35, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mengarahkannya dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
“Hukuman ini diharap jadi pengajaran kepada kamu supaya tidak mengulangi kesalahan begini dan orang awam supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial. Gunakan media sosial secara berhemah,” kata hakim itu.
Saifuddin turut membuat permohonan maaf atas perbuatannya kepada ahli keluarga mangsa, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan orang awam secara terbuka di dalam mahkamah.
“Semasa buat hantaran itu saya sedar, saya amat menyesali perbuatan saya dan tidak mungkin bagi saya membuat hantaran tersebut sekiranya saya tidak ada penyakit bipolar.
“Di sini saya minta maaf secara tulus ikhlas kepada ahli keluarga mangsa, pihak ATM dan mana-mana orang awam yang terkesan dengan hantaran saya,” katanya yang membayar denda itu.
Saifuddin berkata beliau akan menyahaktifkan akaun X miliknya untuk mengelakkan perkara itu berlaku pada masa depan.
“Saya memang amat menyesal dengan tingkah laku saya yang tidak wajar dilakukan sesiapa pun dalam keadaan tragedi seperti ini,” katanya.
Saifuddin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik menerusi perkhidmatan aplikasi X dengan menggunakan nama profil ‘Saifuddin Shafik @saishafik’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Dia melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 1.15 tengah hari, 23 April lepas dan kandungan itu dibaca di Gedung Sari Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai pada 6.30 petang hari sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, serta boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Wan Azimah Yaacob memohon hukuman berat dikenakan supaya perkara itu tidak berulang dan menjadi mesej kepada tertuduh serta orang ramai untuk menggunakan media sosial secara berhemah, selain kesalahan itu telah melukakan hati pengadu, waris malah seluruh rakyat negara ini.
Peguam Amin Othman yang mewakili Saifuddin merayu hukuman berbentuk denda dikenakan atas alasan tertuduh, yang berpendapatan RM2,000 hingga RM2,500, perlu menanggung isteri dan ibu bapa.
Amin berkata faktor kesihatan anak guamnya yang didiagnosis penyakit bipolar sejak 2011 juga perlu diambil kira dan Saifuddin masih menerima rawatan di beberapa pusat perubatan sehingga 2023, selain ini merupakan kesalahan kali pertama tertuduh. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked