SULTAN SELANGOR BERANGKAT KE MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DI PANGKALAN TLDM
LUMUT: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari TLDM ke-90.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. – Bernama
LUMUT: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari TLDM ke-90.
Ketibaan baginda pada 12.13 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.
Turut hadir Laksamana Pertama (Kehormat) TLDM Datuk Muhammad Abdullah dan barisan kepimpinan tertinggi TLDM.
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas yang diadakan di Masjid An-Nur TLDM itu juga sempena memperingati mangsa tragedi nahas Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Fennec TLDM terhempas pada Selasa lepas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai TLDM.
Bacaan yasin dan tahlil yang diketuai Pengarah Agama Markas Tentera Laut Leftenan Kolonel Ahmad Kamil Abdullah, disertai kira-kira 3,000 warga TLDM.
Sultan Sharafuddin kemudian turut berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.
Sementara itu, Abdul Rahman dalam khutbah khasnya berkata tragedi pada 23 April lepas telah memberi kesan sangat mendalam dan merupakan satu kehilangan besar buat TLDM khasnya dan negara amnya.
“Sedarlah bahawa kamu (mangsa terkorban) telah menggadaikan nyawa demi ibu pertiwi dan tanah air tercinta ini. Pengorbanan yang telah kamu berikan pastinya tidak dapat kami balas dengan air mata.”
“Hanya doa yang mampu kami titipkan agar rohmu sentiasa dirahmati Allah SWT,” katanya diiringi bacaan surah al-Fatihah.
Dalam khutbah sama, Abdul Rahman berkata tema sambutan tahun ini “TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara” begitu signifikan dengan meletakkan pasukan itu sebagai ketumbukan yang menggalas tanggungjawab penting mengawal setiap inci perairan negara bagi menghindari sebarang bentuk pencerobohan atau konflik musuh.
“Angka 90 tahun merupakan usia yang matang dan penuh pengalaman, 90 tahun juga bukan sahaja mempamer kesungguhan dan komitmen perjuangan warga TLDM dalam melindungi perairan serta menjaga kehormatan kedaulatan negara, bahkan turut memikul amanah serta menjaga kesucian agama secara konsisten,” katanya.
Menurutnya aspek kompetensi pegawai dan anggota TLDM turut menjadi keutamaan dan perlu diberi penekanan, selain kesiagaan yang tinggi tanpa bergantung kepada aspek material semata-mata.
“Tidak kurang pentingnya aspek ketersediaan modal insan yang kompeten dan profesional,” katanya.
Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM ke-90 yang dijadual esok, dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat susulan tragedi helikopter terhempas tersebut.
Mohamed Khaled sebelum ini berkata pembatalan sambutan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests