Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CENDEKIAWAN ‘SEDERHANA’ TIDAK SEHARUSNYA DIBAWA MASUK SEBAGAI PROFESOR PELAWAT – ANWAR

DALAM NEGARA

CENDEKIAWAN ‘SEDERHANA’ TIDAK SEHARUSNYA DIBAWA MASUK SEBAGAI PROFESOR PELAWAT – ANWAR

Sejak awal lagi cendekiawan yang sederhana (mediocre) tidak seharusnya dibawa masuk sebagai profesor pelawat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan Gilley bahawa Malaysia bukan negara selamat untuk dikunjungi adalah kenyataan yang amat berbahaya sehingga boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada ramai pihak. Gambar kanan: Bruce Gilley

SEPANG: Sejak awal lagi cendekiawan yang sederhana (mediocre) tidak seharusnya dibawa masuk sebagai profesor pelawat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen seorang ahli akademik Amerika Bruce Gilley di platform sosial X, yang mendakwa dia meninggalkan Malaysia kerana bimbangkan keselamatannya disebabkan oleh gerakan “gerombolan fasis-Islam yang dipacu oleh kerajaan”.

“Sejak mula lagi cendekiawan yang biasa-biasa sahaja (mediocre) tidak seharusnya dibawa masuk sebagai profesor pelawat. Selebihnya..Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) sudahpun menjelaskan segalanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Akademi MAB dan majlis pecah tanah Bangunan Simulator Penerbangan di sini hari ini.

Zambry sebelum ini dilaporkan berkata dakwaan Gilley bahawa Malaysia bukan negara selamat untuk dikunjungi sebagai kenyataan yang amat berbahaya sehingga boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada ramai pihak.

“Sekarang pun kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia tidak selesa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau, contohnya kedutaan Amerika mengesahkan Malaysia masih negara yang selamat untuk dilawati,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading