JEMAAH HAJI DILENGKAPI IPS, MUDAHKAN PEMBERIAN RAWATAN
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera, yang dapat memudahkan rawatan jika berlaku sebarang insiden semasa mengerjakan ibadah itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR: Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera, yang dapat memudahkan rawatan jika berlaku sebarang insiden semasa mengerjakan ibadah itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata IPS yang merupakan satu transformasi digital Kementerian Kesihatan (KKM), membolehkan pengamal perubatan di Tanah Suci mengakses maklumat perubatan asas yang kritikal jemaah haji, dengan hanya mengimbas kod QR.
“Menerusi IPS, segala info termasuklah sejarah kesihatan dan perubatan serta alahan jemaah haji dapat diakses oleh kerajaan Saudi, membolehkan rawatan langsung dapat dilakukan oleh pakar perubatan bertugas kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Dr Dzulkefly berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM bersama Rombongan Petugas Haji (Perubatan) KKM ke Tanah Suci bagi Musim Haji 1445H/2024 di Putrajaya semalam.
Untuk tahun ini, seramai 279 petugas haji (perubatan) KKM dan tiga petugas haji (kebajikan), akan bertugas di Tanah Suci bermula 30 April ini, dan Dr Dzulkefly mengingatkan mereka untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi supaya jemaah haji dapat menunaikan ibadah dengan baik.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman berkata rombongan pertugas perubatan KKM, yang terdiri daripada pelbagai disiplin seperti perubatan am, perubatan keluarga dan perubatan kecemasan dan trauma, merupakan pasukan yang amat penting pada operasi haji setiap tahun.
“Pengurusan kesihatan jemaah haji bukan tugas yang mudah, ditambah dengan profil umur jemaah haji yang hampir 36 peratus melebihi 60 tahun. Namun anggota perubatan KKM yang bertugas setiap hari, telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik setiap tahun,” katanya.
Syed Hamadah berkata pengurusan TH amat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan KKM, dengan kerjasama di semua peringkat yang bermula dari perancangan dan persediaan di tanah air, sehingga semasa berada di Tanah Suci ketika operasi haji berjalan, adalah sangat baik.
Beliau berkata TH juga melaksanakan soal selidik untuk mengukur tahap kepuasan jemaah terhadap perkhidmatan haji, meliputi pelbagai aspek setiap tahun dengan penilaian musim lepas, mendapati jemaah amat berpuas hati dengan perkhidmatan perubatan KKM. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked