PAPARAN berita dan perkembangan terkini yang berlaku di Syria dan Palestin sering membawa fikiran saya terbang jauh ke bumi bertuah, Jordan.
Tahun 2014 menjadi saksi keberadaan saya di tanah para anbiya’ itu. Saya bersama lima lagi rakan ditugaskan untuk menjalankan misi kemanusiaan bersama Islamic Relief Malaysia (IRM) bertujuan untuk memantau projek-projek Islamic Relief (IR) yang dijalankan di sana berkenaan pelarian-pelarian Syria dan Palestin.
Masih terbayang
kenangan menyaksikan kanak-kanak perempuan itu berlari mendekati kami yang
ketika itu sedang melilau mencari kedai makan di sekitar Bandar Irbid, Jordan. Beliau
tidak keseorangan. Seorang kanak-kanak lelaki menemani beliau dan mereka
mengekori jejak langkah kami sehingga beberapa langkah.
Sambil berjalan,
mereka menyua sebuah kotak kecil berisi gula-gula getah. Fahamlah saya bahawa
mereka cuba menjual gula-gula getah itu kepada orang asing seperti kami. Walaupun
ditolak pelawaan mereka berkali-kali, tetap juga mereka mengekori perjalanan
kami. Di penghujung jalan, terdapat segerombolan lagi kanak-kanak yang menjual
pelbagai jenis barangan seperti gula-gula, tisu dan lain-lain.
Anak-anak terpaksa mencari rezeki kerana ibu bapa mereka yang memegang kad UNHCR tidak dibenarkan bekerja. – Gambar hiasan (IRM)
Saya cuba
melayani mereka dengan Bahasa Arab yang kurang fasih. Terdetik di hati, dari
mana datangnya kanak-kanak ini? Di mana ibu bapa mereka? Namun, persoalan itu
hanya berlegar-legar di fikiran. Tiada jawapan pasti untuknya.
Angin dingin bertiup
lembut menerima kedatangan kami ke daerah ini. Walaupun sudah mengenakan
pakaian tebal, saya masih lagi menggigil kesejukan. Difahamkan ketika itu,
musim bunga bakal berlalu pergi, digantikan musim panas bakal menjelma.
Di sepanjang
jalan, saya sempat memperhati budaya dan kegiatan masyarakat Jordan yang berada
di situ. Apa yang dapat dirumuskan ketika itu, kebanyakan kaum lelaki memenuhi
hampir setiap kawasan dan beristirehat di tepi jalan, manakala tidak ramai
kalangan wanita yang kelihatan di tempat awam.
Setibanya kami
di tengah bandar Irbid, dengan izin Allah, kami terserempak dengan
pelajar-pelajar dari Malaysia yang menyambung pelajaran di Universiti Yarmouk.
Urusan kami menjadi lebih mudah. Mereka segera membawa kami menukar wang,
membeli kad SIM Orange, menunjukkan
kami kedai makan milik rakyat Malaysia dan juga kedai cenderahati.
Nor Zafirah (dua dari kanan) bersama sukarelawan misi kemanusiaan. Foto MYNEWSHUB
Kami mengambil
kesempatan itu untuk bertanya kepada mereka berkenaan kanak-kanak yang
berkeliaran menjual pelbagai barangan tadi. Makluman daripada mereka, kanak-kanak
itu adalah pelarian Syria yang terpaksa mencari rezeki buat keluarga mereka.
Selagi mereka
tidak dapat wang pada hari itu, selagi itulah mereka tidak berani pulang ke
rumah kerana bimbang dimarahi. Mendengar penerangan itu, kami tertanya-tanya, di
mana bapa mereka yang sepatutnya menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga
untuk mencari nafkah? Di mana ibu mereka yang seharusnya menjaga dan memberi
kasih sayang?
Persoalan itu terungkai apabila kami diberitahu bahawa ibu bapa mereka tidak dapat bekerja kerana mereka adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang tidak membenarkan mana-mana ahli untuk bekerja.
Jika mereka tertangkap, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa di negara mana mereka menumpang. Lalu kepada anak-anaklah tempat mereka bergantung. Jika ada rezeki, adalah makanan mereka. Jika tiada, terpaksalah mereka menahan lapar. Hanya Allah Yang Maha Mendengar segala rintihan mereka.
Penjelasan ini
menimbulkan rasa kasihan yang teramat dalam kepada mereka yang sedang diuji ini.
Terasa bersalah kerana rimas dengan kehadiran mereka di sepanjang jalan tadi.
Dalam dunia riang kanak-kanak seperti mereka, tidak pernah terlintas di fikiran
untuk hidup sebegitu. Yang diimpikan hanyalah hidup bahagia bersama keluarga.
Boleh ke sekolah, bermain-main, berjalan-jalan, dan membeli-belah bersama.
Namun ianya hanya tinggal sebagai impian.
Lantas fikiran
segera terbayang akan keadaan di Syria. Gerakan kebangkitan rakyat Syria
berlaku serentak dengan aktiviti demonstrasi semenjak 15 Mac 2011 di mana telah
mencetuskan konflik yang memuncak dan menyebabkan seluruh Syria menjadi lumpuh.
Keganasan di bandar-bandar utama Syria hingga kini masih belum berkurangan.
Isu di Syria ini
merupakan krisis kemanusiaan yang paling buruk pada abad ke-21. Kira-kira 12.2
juta orang yang terperangkap di dalam Syria kini memerlukan bantuan
kemanusiaan. Hampir separuh daripada jumlah tersebut merupakan kanak-kanak yang
tidak berupaya.
Apa yang saya
lihat dan rasai sendiri di Jordan benar-benar membuka mata saya dan membuatkan
saya lebih bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja kemanusiaan bagi membantu
lebih ramai lagi insan yang memerlukan. Harapan saya hanya satu, semoga suatu
hari nanti, mereka yang kami bantu ini berupaya bangkit semula dan menjadi
penolong kepada insan lain.
*Nor Zafirah Zahari adalah sukarelawan Islamic Relief Malaysia (IRM).
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests