“Ramadhan Mubarak….Ramadhan Kareem” Inilah mesej yang membadai media sosial
ketika di ambang bulan Ramadan. Sejuk hati dan teruja jiwa apabila aplikasi
Whatsapp dihujani ucapan yang mengagungkan bulan paling mulia ini.
Serentak dengan keterujaan ini, terdapat individu
dan kumpulan yang ghairah pula mempersoalkan jumlah solat tarawih dan
berkilometer panjang kupasannya. Manakala ada kumpulan dengan nada pedas yang
memekakkan telinga menjerit-jerit mempersoalkan tarikh sebenar Nuzul Al-Quran. Dan,
suasana ambang Ramadan turut dipanaskan dengan hujah syeikh-syeikh bertaraf
pasar malam yang saling berbalas tembakan mengenai cara rukyah atau falak dalam
menentukan bermulanya bulan di mana turunnya Lailatul Qadar.
Belum pun bulan Ramadan bermula, sudah wujud
perpecahan yang membingitkan.
Anehnya, sebelum memulakan hujah,
masing-masing mengucapkan Assalamualaikum.
Adakah ucapan salam hanya sebagai pembuka kata tanpa perlu disusuli dengan
tindakan dan tutur kata yang berakhlak?
Sikap kerap mem‘bid’ah’kan orang lain akan menjerumuskan diri kepada pemikiran takfiri.
“Bid’ah….bid’ah”
ungkapan paling merdu tetapi menyakitkan telinga sering terbolos keluar dari
minda yang ingin menjadi pembela kepada sabda baginda Nabi Muhammad SAW, “Barang siapa membuat suatu perkara baharu dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada
asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (Bukhari
dan Muslim).
Sayangnya, kerana kekhusyukan untuk menghayati
hadis ini, ada individu dan kumpulan tertentu yang terlepas pandang mengenai
akhlak yang disyariatkan oleh Islam ketika berbincang. Ia melenting menuduh dengan
nyaring orang lain yang dianggap melakukan bid’ah tetapi terlupa yang dirinya
sedang berbid’ah dalam berhujah.
Apakah umat Islam keliru atau
dikelirukan apabila aspek-aspek akhlak tidak dijadikan keutamaan?
Ada umat Islam yang hebat dengan ilmu
agama tetapi akhlak berhujah sering dinodai. Ada yang unggul dalam berkebajikan
namun akhlak dalam berurusan dibakulsampahkan. Ada yang rakus dengan ibadah
tetapi memilih untuk mengasingkan akhlak dalam tindakan.
Juga, tanpa disedari ramai umat Islam yang
menjadi pak turut dalam berpolitik. Mereka tidak pernah melafazkan bai’ah,
tetapi pada hakikatnya gelagat mereka jelas ke arah ini. Sokongan mereka yang
keterlaluan menewaskan logik akal. Benar dan salah bukan satu perkiraan, tetapi
yang penting ialah kejelekitan kumpulan yang membabi buta.
Juga, tidak perlu memerah otak, kedapatan
ramai umat Islam yang mengaku berjenama muslim, tetapi mereka masih ragu-ragu
dengan saranan al-Quran dan hadis dalam menjalani kehidupan harian.
Juga, kelihatan muslimin berpusu-pusu ke
masjid untuk menunaikan solat Jumaat bagi menyahut seruan Illahi, tetapi sebaik
selesai bersolat, kehidupan kembali normal tanpa roh Jumaat menjelma dari dalam
jiwanya. Seolah-olah ibadah Jumaat hanyalah acara hiburan mingguan yang
membosankan.
Gambaran apakah yang dapat dipelajari dari
kes-kes seperti ini?
Sukar dipastikan di mana dan bagaimana
silapnya pembudayaan akhlak dalam masyarakat di negara ini sehingga ia gagal
disepadukan dalam tutur kata dan tindakan.
Dari masjid hinggalah ke institusi pendidikan,
dari acara sosial hinggalah ke pentas politik, dan dari hubungan kekeluargaan
hinggalah ke pengurusan perniagaan, akhlak bukan lagi sesuatu yang diutamakan
dan perlu dipromosikan.
Akhlak didendang-dendangkan ibarat lip service yang tidak membawa apa-apa
makna. Ia hanya indah diucapkan apabila perlu, namun apabila berhadapan dengan
cabaran, soal akhlak bukan lagi satu keperluan.
Kebobrokan umat Islam mengikis akhlak dalam
kehidupan sudah tidak terasa. Ia terlalu kerap dan terlalu berleluasa. Malah
ada yang menganggapnya satu keperluan dalam keadaan yang terdesak dengan alasan
rukhsah!
Pendewa falsafah rukhsah memberikan gambaran seolah-olah
usaha Nabi Muhammad SAW dalam membetulkan aqidah dan akhlak sudah tidak selari
dengan kehidupan masa kini.
Apa tidaknya, politik dipisahkan dari akhlak.
Perniagaan dan perkhidmatan yang berakhlak tidak dirasakan dapat memaksimumkan
produktiviti dan keuntungan. Hubungan sesama insan terasa rugi jika ia
bermodalkan akhlak. Ilmu dan pendidikan hanya memuja pencapaian walaupun tanpa
akhlak.
Adakah umat Islam keliru atau dikelirukan
mengenai keutamaan akhlak dalam kehidupan?
Lihat sahaja contoh-contoh yang berlegar di ruang
bumi Malaysia ketika ini. Ibu bapa lebih mementingkan kejayaan anak-anak dari
mengutamakan akhlak. Pentadbir dan pengurus meletakkan pencapaian mengatasi
keperluan bekerja secara berakhlak. Pemimpin pula sering memberi hujah cognitive dissonance yang menghiburkan
dan memperbodohkan rakyat dengan lakonan berakhlak songsang.
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu
bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta banyak berzikir
kepada Allah.” Inilah sifat dan sikap Nabi Muhammad SAW yang difirmankan
oleh Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 21.
Namun, di manakah akhlak yang dipamerkan oleh
Rasulullah SAW dalam kehidupan majoriti umat Islam di Malaysia?
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager