KUALA LUMPUR – Pembunuhan sadis melibatkan seorang remaja perempuan berusia
14 tahun bersama teman lelakinya, 15 tahun di Taman Glenview, Kamunting,
Taiping berkemungkinan berpunca daripada kegagalan mengawal emosi dan bertindak
di luar batasan.
Menurut pakar psikologi Universiti Malaya, Profesor Datin Dr Mariani Md
Nor, suspek boleh dikategorikan sebagai remaja berisiko yang tidak ada rasa kebergantungan
langsung terhadap ibu bapa sehingga membolehkan mereka melakukan sesuatu tanpa
memikirkan kesan buruk ekoran dari tindakannya itu.
Golongan seperti ini kebanyakannya membesar dengan kurang kasih sayang
dan berada di luar kawalan ibu bapa yang menjurus kepada kehilangan rasa kebergantungan
dan perkongsian kepada mereka atau orang yang lebih dewasa.
Sifat mereka ini dicirikan dengan melakukan tindak tanduk yang kaku,
iaitu tidak berfikir panjang dan hanya mengikut desakan emosi yang meluap-luap.
Dr Mariani. FOTO UTUSAN
“Sesuatu tindakan tanpa kawalan emosi mampu mencetuskan tragedi yang
lebih besar walaupun disebabkan oleh perkara kecil,’’ jelas Dr Mariani kepada TV
AlHijrah ketika ditemubual di Universiti Malaya, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian bunuh oleh remaja
tersebut gara-gara pertelingkahan kerana sebuah telefon. Remaja itu bersama
teman lelakinya membunuh abang sendiri, membungkus dan meletakkan mayat mangsa di
belakang sebuah rumah kosong, Ahad lalu.
Selain faktor dalaman diri, pengaruh luaran seperti permainan video dan
media sosial turut menyumbang kepada keganasan remaja yang gemar meniru setiap
apa yang ditonton, kata beliau lagi.
Justeru itu beliau menyarankan agar ibu bapa terus membimbing anak-anak
kerana perubahan emosi anak-anak akan berlaku seiring dengan peningkatan umur mereka.
Ini bagi meningkatkan kecerdasan emosi (EQ) dalam usaha membuat pertimbangan
yang baik.
“Sebab itu apabila di peringkat sekolah kita ada ko-kurikulum, tidak
lain tidak bukan tujuannya ialah bagi memastikan mereka menguasai kemahiran
hidup yang sebenar”, jelas beliau.
Remaja perlu diajar pelbagai kemahiran hidup, khususnya kemahiran
mengendalikan diri seperti menguasai kemarahan melalui aktiviti yang disediakan
di sekolah. Dalam menjalani aktiviti ini, guru atau kawan-kawan bertindak
sebagai pemerhati yang akan memberi nasihat dan sokongan bagi menerapkan sifat
murni seperti sentiasa tenang, tidak meninggi diri dan menerima kekalahan dalam
hidup.
Anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak memeriksa penemuan barangan dipercayai milik mangsa yang ditemui di belakang sebuah rumah kosong di Taman Glenview, Kamunting, Taiping, Ahad lalu. FOTO BERNAMA
Pada usia meningkat remaja inilah ibu bapa perlu memainkan peranan
penting dan mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu berkaitan pendidikan
remaja. Remaja tidak boleh lagi dianggap anak-anak kecil yang hanya perlu
menerima arahan, kerana mereka sudah mempunyai kebolehan berfikir dan pilihan
sendiri.
Sebaliknya ibu bapa bertindak penasihat kepada pilihan anak-anak itu
setelah berjaya meraih kepercayaan mereka sehingga remaja berasa kehadiran ibu
bapa mereka bukanlah sebagai “pengawas’’ kehidupan, tetapi sebagai pakar rujuk
mereka.
Pada tahap ini remaja akan menjadi akrab dan percaya kepada ibu bapa
sebagai penyuluh hidup mereka berpandukan pengalaman yang telah dilalui.
Selain kerana ketidakstabilan emosi yang mendorong remaja terlibat
dengan jenayah, sistem pendidikan yang melencong dari matlamatnya juga akan
menghasilkan generasi yang rapuh jati diri dan sahsiahnya.
Seharusnya keseimbangan dalam mencapai kejayaan akademik perlulah diselarikan
dengan pencapaian sahsiah diri melalui didikan emosi yang baik. Ini hanya boleh
dihasilkan oleh pendidikan yang memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Ini kerana matlamat sebenar pendidikan ialah melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked