LELAKI MAUT TERJATUH DARI POKOK PETAI

Sumber Gambar: Media sosial

BALING: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di Kampung Bukit Hijau, Kupang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Richard Joe berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.22 tengah hari tadi dengan lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran sebatang pokok petai di kebun berkenaan yang dimiliki bapa saudara mangsa.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa yang dipercayai terjatuh semasa mengait petai di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat.–AlHijrah Online

Leave a Reply