Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT TERJATUH DARI POKOK PETAI

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERJATUH DARI POKOK PETAI

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di Kampung Bukit Hijau, Kupang dekat Baling, hari ini.

Sumber Gambar: Media sosial

BALING: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di Kampung Bukit Hijau, Kupang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Richard Joe berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.22 tengah hari tadi dengan lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran sebatang pokok petai di kebun berkenaan yang dimiliki bapa saudara mangsa.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa yang dipercayai terjatuh semasa mengait petai di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading