SUMUD FLOTILLA RAPATI GAZA, REJIM ISRAEL MULA GOYAH
“Memandangkan (ini) hari keenam pelayaran menuju Ghazzah (merujuk kepada kumpulan bot layar flotilla berlepas dari Itali); Israel gunakan kaedah ini untuk menakutkan pelayar Global Sumud Flotilla.”
Hari ini genap 24 hari kapal Global Sumud Flotilla (GSF) memulakan pelayaran dari Barcelona, Sepanyol, sejak 31 Ogos lalu, dalam usaha masyarakat sivil memecahkan kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza.
Awal pagi tadi sekitar 1.27 pagi waktu Mediteranen (6.27 pagi Malaysia), sekurang-kurangnya sembilan bot layar GSF telah ‘diserang’ dengan 12 letupan.
Dipercayai, “stun grenade” yang digugurkan dron itu, bertujuan menakutkan aktivis-aktivis di atas kapal flotilla keamanan.
Jika merujuk kepada Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese, insiden itu adalah serangan ketujuh ke atas GSF dalam masa yang singkat.
Menggesa tindakan segera, Albanese menerusi platform X berkata, serangan yang tidak boleh diterima itu, termasuk bom bunyi (stun grenade), suar letupan, semburan kimia yang disyaki dan gangguan komunikasi.
“(Ini) Serangan kesembilan. Kami diserang di perairan antarabangsa,” kata aktivis, Yasemin Acar.
Dalam mesej berasingan di Instagram dari kapal Alma, aktivis pro-Palestin itu juga melaporkan “15 hingga 16 dron besar” berlegar di udara serta radio disekat.
Aktivis flotilla dan veteran media, Zainal Rashid Ahmad dari kapalnya mengatakan insiden itu adalah taktik rejim untuk mematahkan semangat aktivis flotilla untuk belayar ke Gaza.
“Memandangkan (ini) hari keenam pelayaran menuju Ghazzah (merujuk kepada kumpulan bot layar flotilla berlepas dari Itali); Israel gunakan kaedah ini untuk menakutkan pelayar Global Sumud Flotilla.
“Tujuannya; supaya ada pelayar yang ketakutan dan minta diturunkan di Greece,” kata Zainal, antara sumber utama masyarakat sivil di Malaysia, mendapatkan info terkini pelayaran GSF melalui update hariannya di media sosial.
Umum yang kita tahu, bom bunyi atau stun grenade ini digunakan pihak berkuasa untuk meleraikan rusuhan dengan mencetuskan situasi panik akibat bunyi letupan yang memekakkan selain penggunaan bom asap yang memedihkan mata.
Insiden serangan ke atas bot layar dan kapal flotilla itu berlaku sehari selepas kenyataan Kementerian Luar (MOFA) negara haram itu yang melabelkan GSF sebagai diatur kumpulan Hamas dan menegaskan tidak akan membenarkan flotilla menembusi “naval blokade” di perairan Gaza.
Kenyataan itu juga disusuli dengan gesaan supaya bot layar dan kapal flotilla GSF untuk menurunkan bantuan kemanusiaan dibawa di Ashkelon.
Kenyataan atau tindakan itu jelas menunjukkan keadaan rejim yang semakin goyah dan gentar dengan flotilla kemanusiaa yang berjaya “membuka mata dunia”.
Ini dapat dilihat dengan dua pertiga dari negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sebelum ini yang menyokong Palestin dan mahu tindakan genosid atau pembunuhan beramai-ramai Israel ke atas warga Palestin di Gaza dihentikan segera.
Walaupun resolusi supaya gencatan senjata kekal di Gaza diveto ‘barua suruhan’ Israel iaitu Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamatan PBB (UNSC), PM Israel, Benjamin Netanyahu dan negara haram itu jelas telah kehilangan sokongan dunia.
Ini tergambar jelas selepas negara seperti United Kingdom (UK), Kanada dan Australia yang turut membuat u-turn mengiktiraf Palestin akibat daripada kezaliman melampau zionis Israel sejak Oktober 2023.
Ternyata insiden serangan ini membuktikan bahawa Israel mula goyah dan gentar akan kedatangan lebih 50 bot layar dan kapal flotilla dengan lebih 500 aktivis keamanan dari 45 negara, yang merapati Gaza.
Dengan kegagalan propagandanya yang cuba melabelkan flotilla Sumud membawa pengganas dan “ancaman keselamatan”, Israel tidak lagi mempunyai pilihan selain membenarkan kapal flotilla ini tiba di Gaza.
Atau kapal-kapal flotilla ini akan berjaya menurunkan bantuan kemanusiaan yang dibawa dengan bantuan kerajaan di langit!
Sama-sama kita doakan supaya tiada cela menimpa semua aktivis flotilla Sumud, termasuk 34 aktivis Malaysia, yang berada di atas kapal kemanusiaan ke Gaza — maruah dan simbol kemanusiaan terakhir bagi masyarakat bertamadun.–AlHijrah Online
Syed Azwan Syed Ali adalah Koresponden AlHijrah Online/ Berita AlHijrah dalam isu antarabangsa dan semasa, mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewartawanan, khususnya liputan di zon konflik dan bencana.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager