MALAYSIA KECAM ANCAMAN, GESA LALUAN SELAMAT UNTUK FLOTILA SUMUD GLOBAL
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan terbaharu yang mengancam keselamatan Flotila Sumud Global (GSF) pada Selasa, dan menggesa agar laluan selamat tanpa halangan diberikan kepada peserta serta kapal misi itu bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan terbaharu yang mengancam keselamatan Flotila Sumud Global (GSF) pada Selasa, dan menggesa agar laluan selamat tanpa halangan diberikan kepada peserta serta kapal misi itu bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Luar berkata Malaysia menegaskan semula bahawa GSF, sebagai misi kemanusiaan aman untuk menghantar bantuan ke Gaza, adalah sah di sisi undang-undang dan sangat penting dari segi moral berikutan genosid serta kebuluran yang sedang berlaku di wilayah Palestin.
“Malaysia menggesa ancaman keganasan itu dihentikan serta-merta, dan laluan selamat tanpa halangan bagi para peserta Flotila serta kapal mereka dijamin,” kata kenyataan itu.
GSF yang sedang belayar merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan, dijadual tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.
Misi bersejarah itu melibatkan lebih 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia, termasuk 34 rakyat Malaysia, yang menyertai hampir 70 buah kapal dengan matlamat memecahkan sekatan ke atas Gaza.
Sementara itu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa kesemua 34 rakyat Malaysia yang menyertai flotila dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Malaysia terus berdiri teguh bersama Palestin dan mengulangi gesaannya agar genosid serta sekatan haram ke atas Gaza ditamatkan segera, kata kenyataan itu.
Terdahulu, Bernama melaporkan konvoi GSF berdepan detik tegang selepas menjadi sasaran intimidasi dron rejim Israel, sebahagiannya dilaporkan meletup di udara ketika insiden berlaku.
Ketua Pengarah merangkap jurucakap Pusat Kawalan Flotilla Sumud Nusantara Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata flotila itu telah berdepan siri taktik ugutan dengan sebanyak 15 dron terbang rendah pada selang masa setiap 10 minit.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked