DALAM NEGARA
DUN NEGERI SEMBILAN DIBUBAR UNTUK BERI LALUAN KEPADA PRN
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan esok untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan esok untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Sumber Gambar: BERNAMA
SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan esok untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini malam ini sekali gus mengakhiri spekulasi pembubaran DUN sejak beberapa minggu lepas.
Beliau berkata pembubaran itu dibuat selepas beliau mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada majlis menghadap yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti hari ini.
Aminuddin berkata notis pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN akan diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam masa terdekat untuk menentukan tarikh penting bagi urusan PRN seperti penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.
“Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN dan pembahagian antara parti komponen akan dimaklumkan minggu depan,” katanya kepada pemberita.
Beliau juga berkata pembubaran DUN itu ibuat mengikut lunas peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan.
“Kita rasa perlu untuk mengadakan satu mandat baharu daripada rakyat… jadi, saya serahkan kepada rakyat untuk menentukan masa depan negeri ini,” katanya.
PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.
PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.
Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada PRN selepas Johor yang berbuat demikian pada Isnin lepas.–BERNAMA
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan kesiapsiagaan anggota di lapangan penting bagi mengelakkan kejadian...
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan Pas MyKomuter50 yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari...
Mayat seorang wanita tanpa pakaian dan hampir mereput ditemukan terapung di sungai berhampiran Pekan Lama, Sungai...
Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Batu Enam sebelum melarikan...
Bekas hakim Mahkamah Aden yang kini menjadi tokoh pengajian hadis bersanad di Yaman, Syeikh Dr Yasir...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)