Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUNJUK ISYARAT LUCAH, PEMANDU LORI DIDENDA RM8,000, LESEN DIGANTUNG 5 TAHUN

DALAM NEGARA

TUNJUK ISYARAT LUCAH, PEMANDU LORI DIDENDA RM8,000, LESEN DIGANTUNG 5 TAHUN

Dalam rakaman tersebut, tertuduh yang memandu sebuah Perodua Myvi dilihat menunjukkan isyarat lucah sebelum memberhentikan kenderaannya di hadapan kereta mangsa dan keluar sambil membawa objek dipercayai besi yang kemudian dihayunkan ke arah kenderaan berkenaan.

Balik Pulau: Seorang pemandu lori dihukum penjara sehari, didenda RM8,000 serta digantung lesen memandu selama lima tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan memandu secara berbahaya minggu lalu.

Majistret Chia Huey Ting menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Chee Gang, 37, dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pemandu kereta dengan niat menimbulkan ketakutan terhadap mangsa. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memandu kenderaan secara berbahaya sehingga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 1999.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Tun Dr Awang pada jam 11.27 pagi, 28 Mei lalu.

Mahkamah menetapkan denda RM3,000 bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dikenakan penjara sehari, denda RM5,000, lesen memandu digantung serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen selama lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ikmal Affandi Zulkifli, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chester.

Pada 30 Mei lalu, polis menahan lelaki itu bagi membantu siasatan selepas video berdurasi 58 saat memaparkan tindakannya menunjukkan isyarat lucah dan mengugut seorang pemandu lain tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, tertuduh yang memandu sebuah Perodua Myvi dilihat menunjukkan isyarat lucah sebelum memberhentikan kenderaannya di hadapan kereta mangsa dan keluar sambil membawa objek dipercayai besi yang kemudian dihayunkan ke arah kenderaan berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading