Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN KEKAL IKTIRAF TUANKU MUHRIZ SEBAGAI YANG DI-PERTUAN BESAR

DALAM NEGARA

KERAJAAN KEKAL IKTIRAF TUANKU MUHRIZ SEBAGAI YANG DI-PERTUAN BESAR

Kerajaan Persekutuan terus mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan akan menjalankan segala urusan rasmi dengan baginda mengikut peruntukan undang-undang serta Perlembagaan.

PUCHONG: Kerajaan Persekutuan terus mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan akan menjalankan segala urusan rasmi dengan baginda mengikut peruntukan undang-undang serta Perlembagaan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu kekal meskipun terdapat usaha untuk memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai pengganti Tuanku Muhriz.

Beliau turut menggesa semua pihak yang mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara itu supaya menggunakan saluran sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan bagi mengelakkan kekeliruan serta keresahan dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, sebarang usaha untuk menggugurkan atau memakzulkan seseorang Raja bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan implikasi besar terhadap kestabilan negara dan keharmonian masyarakat.

“Krisis di Negeri Sembilan semestinya sedikit menggusarkan kerana institusi Raja ada peraturan, kaedah dan cara kemuliaannya. Jika digugat begini rupa, ia mesej yang sangat tidak baik.

“Saya tidak menafikan hak sesiapa ikut saluran undang-undang dan perlembagaan negeri tetapi hujah harus kuat. Sebab ini kita pandang berat dan saya sudah memberi pandangan ini kepada pihak berkenaan” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti, hari ini.

Menurutnya, isu berkenaan sepatutnya ditangani melalui saluran mahkamah, manakala tindakan mengadakan pengisytiharan di sebuah hotel dilihat berpotensi menjejaskan imej dan kemuliaan institusi Raja. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading