Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PARAMEDIK MAUT, AMBULANS JADI SASARAN SERANGAN REJIM ISRAEL

DUNIA

PARAMEDIK MAUT, AMBULANS JADI SASARAN SERANGAN REJIM ISRAEL

Israel dilaporkan terus melancarkan serangan udara dan operasi darat hampir setiap hari di Lubnan walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 17 April lalu sebelum dilanjutkan sehingga awal Julai.

Istanbul: Seorang paramedik terkorban manakala seorang lagi cedera selepas ambulans yang dinaiki mereka menjadi sasaran serangan Israel di bandar Zebdine, daerah Nabatieh, selatan Lubnan awal pagi Khamis.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan itu menyasarkan pasukan perubatan yang sedang menjalankan tugas dan merupakan insiden keempat melibatkan paramedik serta kemudahan kesihatan dalam tempoh kurang 24 jam.

Serangan terbaharu itu berlaku ketika Lubnan dan Israel bersetuju melanjutkan gencatan senjata yang rapuh serta mewujudkan sebuah “zon perintis” bagi membolehkan Angkatan Tentera Lubnan mengambil alih kawalan penuh ke atas kawasan tertentu tanpa penglibatan aktor bukan negara.

Persetujuan itu dicapai susulan rundingan yang ditaja Amerika Syarikat (AS) di Washington, DC pada Rabu. Sebelum itu, pegawai kedua-dua negara turut mengadakan pusingan keempat rundingan bagi mengekalkan gencatan senjata serta menyelesaikan beberapa isu keselamatan yang masih tertangguh.

Bagaimanapun, Israel dilaporkan terus melancarkan serangan udara dan operasi darat hampir setiap hari di Lubnan walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 17 April lalu sebelum dilanjutkan sehingga awal Julai.

Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan bahawa serangan Israel sejak 2 Mac telah mengorbankan 3,516 orang dan mencederakan 10,674 yang lain di seluruh negara itu.

Pada masa sama, Israel masih mengekalkan kehadiran tenteranya di beberapa kawasan di selatan Lubnan, termasuk wilayah yang telah didudukinya sejak beberapa dekad lalu serta kawasan yang dirampas semasa konflik 2023 hingga 2024. Tentera Israel juga dilaporkan terus mara beberapa kilometer ke dalam wilayah Lubnan sepanjang pertempuran yang berlaku. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading