Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

13 HARI HILANG, JASLINDA DITEMUKAN SELAMAT

DALAM NEGARA

13 HARI HILANG, JASLINDA DITEMUKAN SELAMAT

Jaslinda berada dalam keadaan selamat dan kini ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara urusan selanjutnya dijalankan oleh pihak berkaitan.

IPOH: Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih berhampiran Tapah sejak 24 Mei lalu, ditemukan selamat di kawasan berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata mangsa ditemukan oleh seorang penduduk Orang Asli, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira jam 3 petang.

“Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Jaslinda berada dalam keadaan selamat dan kini ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara urusan selanjutnya dijalankan oleh pihak berkaitan.

“Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, Jaslinda menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP), yang memulakan perjalanan pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.

Beliau dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki. Bagaimanapun, eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu kemudiannya meneruskan perjalanan ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading