JABATAN IMIGRESEN TAHAN 152 PENDATANG TANPA IZIN DI PUSAT BELI BELAH DI CHERAS
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 152 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan dalam Op Selera dan Op Sapu di premis menjual makanan di sebuah pusat beli-belah terkenal di Cheras, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 152 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan dalam Op Selera dan Op Sapu di premis menjual makanan di sebuah pusat beli-belah terkenal di Cheras, malam tadi.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Datuk Lokman Effendi Ramli berkata dalam operasi lebih dua jam bermula 8 malam itu, 890 individu diperiksa melibatkan 458 warga asing dan 432 warga tempatan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 82 lelaki dan 70 wanita berusia 21 hingga 42 tahun antaranya dari Myanmar, China, Indonesia dan Bangladesh ditahan atas kesalahan, termasuk tiada dokumen perjalanan sah, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa dan pemegang kad yang tidak diiktiraf di bawah Akta Imigresen 1959/63.
“Jabatan Imigresen menjalankan risikan selama seminggu di lokasi sebelum operasi dijalankan berikutan aduan orang ramai mengenai kehadiran ramai warga asing yang bekerja di premis menjual makanan di pusat beli-belah itu,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Lokman Effendi berkata operasi penguatkuasaan itu melibatkan 112 pegawai dan anggota JIM dan kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen KLIA untuk siasatan lanjut.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kira-kira 155,000 warga asing telah mendaftar di bawah Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) setakat ini dan 138,000 daripadanya telah dihantar pulang ke negara asal secara sukarela.
Beliau berkata warga Bangladesh mencatatkan jumlah tertinggi mengikuti program itu, diikuti warga Indonesia dan jumlah pendaftaran dijangka meningkat menjelang tarikh tutup pada April ini.
“Hasil daripada denda kompaun yang dikenakan melalui program ini telah menyumbang lebih RM77 juta kepada negara,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.