Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK TIGA TAHUN MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH 

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK TIGA TAHUN MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH 

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Seri Cheeding, Banting pagi tadi.

Sumber: Media sosial

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Seri Cheeding, Banting dekat sini pagi tadi. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima makluman kejadian itu pada 2.44 pagi. 

“Maklumat awal menyatakan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam rumah.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 3.30 pagi dan mangsa dijumpai dalam keadaan rentung pada 4.15 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Mukhlis berkata operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, BBP Banting dan BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading