Connect with us

ALHIJRAH NEWS

‘TIADA ISTILAH ISLAM VERSI JAKIM’- DR. ZULKIFLI

DALAM NEGARA

‘TIADA ISTILAH ISLAM VERSI JAKIM’- DR. ZULKIFLI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menasihatkan umat Islam untuk tidak terkeliru dengan dakwaan beberapa individu yang secara terbuka mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam ‘versi’ JAKIM.

MADINAH: Tiada istilah Islam versi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebaliknya umat Islam di negara ini berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menasihatkan umat Islam untuk tidak terkeliru dengan dakwaan beberapa individu yang secara terbuka mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam ‘versi’ JAKIM.

Hasil siasatan JAKIM mendapati  tujuh individu membuat pengakuan berkenaan, dengan seorang daripadanya dikenal pasti mengikuti ajaran Ahmadi atau The Ahmadi Religion of Peace and Light.

“Muzakarah MKI pada tahun 2024 telah pun memutuskan bahawa The Ahmadi Religion of Peace and Light ini adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam. Saya juga ingin mengingatkan bahawa tidak ada Islam versi Jakim”. Katanya.

Beliau ditemui Berita Al-Hijrah ketika dalam perjalanan ke Makkah, Arab Saudi, bagi lawatan kerja rasmi selama lima hari.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam supaya bersama-sama memelihara kesucian akidah serta tidak mudah terpengaruh dengan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli berkata, JAKIM bersama agensi berkaitan masih berusaha mengenal pasti keberadaan individu terbabit sebelum maklumat lanjut dapat disahkan dan dikongsikan kepada umum.

Mengulas kemungkinan gerakan itu merupakan satu gerakan tersusun untuk memesongkan akidah umat Islam, beliau berkata kerajaan mempunyai mekanisme pemantauan di peringkat nasional melibatkan agensi daripada pelbagai kementerian serta pihak berkuasa agama negeri.

Katanya, ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light turut berada dalam pemantauan pihak berkuasa bagi mengelakkan penyebaran fahaman yang boleh mengelirukan masyarakat mengenai Islam.

Semalam, Tular di media sosial enam lelaki secara terbuka mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam yang didakwa ‘versi’ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan perkongsian video dimuat naik seorang individu di Threads, semua lelaki berkenaan memperkenalkan diri masing-masing dari Malaysia termasuk Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan sebelum membuat pengakuan secara berasingan.—Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top