Connect with us

ALHIJRAH NEWS

INSTITUSI BUMIPUTERA, ISLAM MESTI JADI CONTOH TADBIR URUS BAIK – ANWAR

DALAM NEGARA

INSTITUSI BUMIPUTERA, ISLAM MESTI JADI CONTOH TADBIR URUS BAIK – ANWAR

Institusi berkaitan kerajaan yang diberi mandat menjaga kepentingan Bumiputera dan umat Islam perlu menjadi contoh dalam amalan tadbir urus baik, khususnya dari segi integriti, ketelusan dan akauntabiliti pengurusan.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Institusi berkaitan kerajaan yang diberi mandat menjaga kepentingan Bumiputera dan umat Islam perlu menjadi contoh dalam amalan tadbir urus baik, khususnya dari segi integriti, ketelusan dan akauntabiliti pengurusan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi berkenaan sepatutnya mengamalkan prinsip tadbir urus lebih ketat bagi memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau berkata mandat menjaga kepentingan kumpulan tertentu tidak boleh dijadikan alasan untuk berkompromi terhadap kelemahan pengurusan atau amalan yang bertentangan dengan prinsip tadbir urus baik.

“Memang betul, kebanyakan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun milik kerajaan sepenuhnya, ada juga yang diperuntukkan bidang kuasa untuk menjaga kepentingan Bumiputera ataupun dalam konteks Tabung Haji, umat Islam.

“Sebab itu sepatutnya prinsip tatakelola, tadbir urus itu harus lebih ketat kerana saya yakin dengan budaya Melayu dan Islam, itu harus kita berikan contoh (yang baik)…janganlah pula apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan bila nama Bumiputera ataupun Islam, tapi tadbir urusnya lebih parah daripada syarikat lain,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. – Alhijrah Online

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top