Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PERUNTUKAN RAKYAT TETAP DISALUR TANPA KIRA PARTI POLITIK- PERDANA MENTERI

DALAM NEGARA

PERUNTUKAN RAKYAT TETAP DISALUR TANPA KIRA PARTI POLITIK- PERDANA MENTERI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan pembangunan untuk rakyat tetap disalurkan ke semua kawasan Parlimen termasuk bagi sekolah daif, sekolah agama, jalan kecil dan masjid tanpa mengira parti politik.

KUALA LUMPUR: Peruntukan pembangunan untuk rakyat terus disalurkan ke semua kawasan Parlimen tanpa mengira parti politik yang diwakili Ahli Parlimen berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI menggunakan pendekatan sama dalam pengagihan peruntukan pembangunan termasuk bagi membaik pulih sekolah daif, sekolah agama, jalan kecil dan masjid.

“…mengandaikan bahawa tidak ada kelulusan dari segi peruntukan, saya tidak setuju kerana peruntukan untuk rakyat disampaikan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Che Mohamad Zulkifly sebelum itu ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menggubal akta bagi memastikan peruntukan pembangunan disalurkan secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Anwar berkata, kerajaan sentiasa memastikan semua kawasan Parlimen diberi pertimbangan dalam aspek pembangunan tanpa mengira parti yang diwakili Ahli Parlimen kawasan berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading