Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TRUMP DAKWA PERJANJIAN DAMAI RUSIA-UKRAINE HAMPIR DICAPAI

DUNIA

TRUMP DAKWA PERJANJIAN DAMAI RUSIA-UKRAINE HAMPIR DICAPAI

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perjanjian damai yang sedang diusahakan itu berpotensi melibatkan negara-negara Eropah, bukan hanya Rusia dan Ukraine, serta mungkin dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Sumber Gambar: AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata perjanjian damai antara Rusia dan Ukraine semakin hampir dicapai dan mungkin melibatkan seluruh Eropah, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kenyataan Trump itu dibuat selepas utusan Presiden Rusia Vladimir Putin, Kirill Dmitriev menyertai Wanita Pertama AS Melania Trump dan pegawai Ukraine di Rumah Putih bagi memperingati pelaksanaan gencatan senjata setempat yang diusahakan Melania di bandar Oleshky, Ukraine.

Ketika ditanya sama ada beliau telah bertemu Dmitriev, Trump menjawab: “Ya, saya telah bertemu dengannya.”

“Saya tidak boleh memberitahu anda apa yang kami bincangkan, tetapi apa yang boleh saya katakan ialah ia akan menjadi satu perjanjian besar dan akan melibatkan lebih daripada sekadar Ukraine… Malah, saya boleh katakan ia mungkin melibatkan seluruh Eropah.

“Saya rasa kita akan dapat menamatkannya tidak lama lagi, dalam masa terdekat, mungkin,” kata Trump. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top