Enam murid di sekolah daerah Kota Tinggi disahkan menghidap penyakit Tuberkulosis (tibi) hasil saringan kontak rapat yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM), namun keadaan dilaporkan terkawal dengan kesemua murid terlibat kini menerima rawatan dan pemantauan rapi.
JOHOR BAHRU: Enam murid di sekolah daerah Kota Tinggi disahkan menghidap penyakit Tuberkulosis (tibi) hasil saringan kontak rapat yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM), namun keadaan dilaporkan terkawal dengan kesemua murid terlibat kini menerima rawatan dan pemantauan rapi.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin berkata kes yang disahkan itu membabitkan empat murid lelaki dan dua murid perempuan, dengan kesemuanya telah diarahkan menjalani kuarantin mengikut prosedur kesihatan yang ditetapkan.
Beliau berkata setakat ini, tiada sebarang arahan penutupan sekolah dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan memandangkan penularan penyakit itu berada dalam keadaan terkawal.
“KKM telah melaksanakan saringan kontak rapat dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan penularan penyakit ini dapat dibendung sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) turut turun ke sekolah-sekolah terlibat bagi mengadakan sesi perjumpaan dan penerangan bersama pihak pengurusan sebagai langkah memberi kefahaman mengenai penyakit tibi serta langkah pencegahan yang perlu dipatuhi oleh murid, guru dan ibu bapa.
Aznan berkata pihak sekolah juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi segala garis panduan dan arahan yang dikeluarkan KKM dari semasa ke semasa, khususnya melibatkan aspek kebersihan persekitaran sekolah serta pemantauan kesihatan murid.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih atau spekulasi berkaitan kes itu kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan dan panik dalam kalangan masyarakat.
“Sebarang maklumat rasmi hendaklah dirujuk kepada kenyataan KKM atau saluran rasmi Kerajaan Negeri Johor,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri kekal komited untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah sentiasa terpelihara, selain akan terus bekerjasama rapat dengan KKM dan semua agensi berkaitan bagi mengekang penularan penyakit berjangkit di negeri itu.
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kluster berkenaan dikesan pada 25 Jan lepas, dengan 33 kes positif dikenal pasti hasil saringan ke atas 804 kontak rapat setakat 4 Feb.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager