ALHIJRAH ONLINE

SEKOLAH TIDAK BOLEH PAKSA IBU BAPA BAYAR YURAN

KUALA LUMPUR: Sekolah persendirian atau swasta terutama yang mendapat bantuan kerajaan diharap tidak memaksa ibu bapa membayar yuran anak-anak yang tidak bersekolah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah tidak beretika jika pihak pengurusan sekolah meminta ibu bapa membayar yuran jika tiada perkhidmatan diberikan.

“Etikanya kalau perkhidmatan tidak diberikan bayaran tidak perlu diminta. Oleh kerana sekolah masih ditutup kos operasi hampir tiada dan mereka tidak bayar gaji guru-guru.

“Kenapa pula ibu bapa yang anak tidak belajar terpaksa bayar yuran walau separuh,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disiarkan stesen televisyen di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri ditanya wartawan mengenai tindakan sekolah persendirian yang tetap meminta ibu bapa menjelaskan yuran walaupun operasi persekolahan belum bermula.

Beliau berharap selagi sekolah tidak dibuka, yuran tidak dikutip dari pelajar-pelajar. — AlHijrah Online/ Zaim Zamani

Exit mobile version