Jerebu bukan isu baru, malah pernah satu ketika negara kita diisytiharkan darurat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 600 pada 1997, paling buruk dalam rekod negara.
Kalau bacaan IPU 200 (Sangat
Tidak Sihat) pun kita sudah sukar bernafas, cuba bayangkan bagaimana keadaan kita
untuk bernafas jika IPU mencecah 600.
Tentunya sukar untuk digambarkan
apatah lagi sekiranya membabitkan individu yang mempunyai masalah kesihatan ataupun
kanak-kanak.
Laporan terkini Kementerian
Pendidikan menunjukkan 648 sekolah kerajaan dan swasta di empat negeri ditutup
dengan bacaan IPU melebihi 200.
Daripada jumlah itu 636 adalah sekolah
kerajaan di Sarawak (298), Selangor (201), Putrajaya (25) dan Negeri Sembilan
(112) yang membabitkan keseluruhan 445,249 pelajar.
Bakinya adalah 12 sekolah swasta yang
ditutup akibat jerebu membabitkan 7,432 pelajar.
Habuk, asap, debu mahupun
partikel-partikel halus yang mengundang jerebu itu hakikatnya boleh menjejaskan
kesihatan.
Individu yang paling terkesan tentunya
adalah mereka yang menghidap penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti
penyakit asma atau penyakit penghalang pulmonari kronik (COPD).
Selain pesakit asma, Individu
yang tiada penyakit pernafasan juga akan cenderung mengalami beberapa simptom
seperti sesak nafas, gatal kerongkong, mata sentiasa berair, pening kepala dan demam.
Isu jerebu rentas sempadan akan
dibincangkan di mesyuarat kabinet esok di mana Menteri Tenaga, Sains ,
Teknologi, Alam Sekitar, Yeo Bee Yin ditugaskan mengetuai pembentangan laporan terkini
jerebu itu.
Media melaporkan Wisma Putra sudah menghubungi Indonesia secara rasmi berhubung isu jerebu yang melanda negara ini
sejak 5 September lalu, bagaimanapun butiran lanjut mengenai perkara itu tidak
didedahkan kepada umum.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan mempunyai rancangan untuk
mewujudkan pelan jangka panjang bagi menangani jerebu rentas sempadan yang turut
memerlukan kerjasama negara jiran, Indonesia.
Adalah menjadi rahsia terbuka jerebu rentas sempadan berpunca daripada
pembakaran hutan dan ladang di Indonesia selain faktor kegiatan dan kaedah guna
tanah tidak mampan serta pemanasan global dan perubahan iklim.
Isu jerebu dan kaedah mencari
jalan penyelesaian sudah lama diperdebatkan. Mengapa jerebu sentiasa berulang? Apakah
usaha sebelum ini tidak dijalankan secara serius?
Apakah fenomena ini akan menjadi lebih teruk dan kerap jika perubahan tidak dilakukan sepenuhnya? – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests