“Nanti kalau puasanya penuh, bapak belikan hadiah,” demikian kata-kata Budiman, seorang ayah kepada dua anak kecilnya di tengah-tengah hiruk pikuk kota Jakarta.
Namun Budiman bukannya sembarangan ayah. Dia sosok ayah yang tidak sempurna di mata kalian.
Lelaki autisme yang hanya menjual ikan di jalanan untuk mencari rezeki buat isteri dan anak-anaknya.
Rezekinya adalah pada kayuhan basikalnya dari satu tempat ke tempat lain menjual ikan-ikan hiasan di dalam plastik-plastik kecil yang dijaja siang dan malam.
Hidup Budiman dan keluarganya adalah resam kais pagi, makan pagi dan kais malam, belum tentu ada makanan.
Budiman adalah watak dalam filem “Malaikat Kecil” diterbitkan Atlantis Pictures yang akan ditayangkan di TV AlHijrah 9 malam ini.
Jujurnya, penulis belum menonton filem arahan sutradara Richyana yang dijayakan Dwi Sasono (Budiman) selaku pelakon utama selain Tika Bravani, Rachel Patricia dan ramai lagi.
Pun begitu, menyelusuri trailer filem dari seberang yang juga antara tiga filem Indonesia pertaruhan TV AlHijrah melalui Bioskop Hijrah sepanjang Syawal 1441H, penulis pasti filem ini akan menyentuh hati kalian.
Filem ini bukan filem aksi dramatik sepertimana filem Geran arahan Areel Abu Bakar (terbitan Layar Pictures) yang ditayang di TV AlHijrah semalam.
Tetapi filem Malaikat Kecil mempunyai persamaan dengan ‘Geran’ mengenai bagaimana dalamnya kasih seorang ayah kepada anak-anaknya, sekalipun si ayah adalah insan serba kekurangan.
Mereka yang bergelar bapa, sepertimana penulis yang memahami hakikat menjadi ketua keluarga sejak lebih 11 tahun lalu, amat dekat dengan filem Malaikat Kecil ini.
Orang selalu berkata kasihnya ibu membawa ke syurga tetapi kasih ayah membawa ke mana? Persoalan ini, jujurnya pertanyaan yang melingkari penulis sejak sekian lama apabila meneliti perjalanan hidup berkeluarga.
Abah penulis adalah seorang bekas guru Matematik yang meninggalkan kerjayanya untuk mencari kehidupan lebih baik buat kami adik beradik.
Malangnya, takdir Tuhan menetapkan perjalanan kami sepertimana pantai kehidupan yang mempunyai pasang surut.
Pernah suatu ketika, abah penulis bekerja sebagai buruh untuk menyara kami sekeluarganya.
Beliau bekerja di Terengganu tetapi kami sekeluarga ketika itu menyewa di sebuah rumah kecil di Ketereh, Kelantan.
Abah penulis akan menaiki bas ekspress dengan beg kecilnya untuk bekerja di Terengganu dan beliau akan pergi kerja berminggu-minggu lamanya untuk menampung kehidupan kami.
Tangan abah yang dulunya mendidik anak bangsa, menjadi keras dan kasar kerana menyusun bata, membancuh simen dan memikul guni berat untuk menyara kami anak beranak.
Menyorot masa, sebelum itu nasib hidup abah menjunam jatuh selepas dihalau dari syarikat yang dibinanya bukan kerana orang lain, tetapi dikhianati saudaranya sendiri yang pada awalnya dibantu abah.
Ketika itu, kami mengenal erti susah sehingga ada waktunya kami hanya makan nasi segenggam, berlaukkan kicap dan telur goreng. Itupun jika ada telur untuk digoreng umi kami.
Rumah kami juga hanya bercahayakan lilin kerana elektrik dipotong dan seringkali saja diherdik tuan rumah kerana lewat membayar sewa.
Mujurlah abah juga mempunyai seorang sahabat berjiwa mulia, yang juga jiran kami, menghulur bantuan di waktu kesempitan.
Berbalik kepada filem Malaikat Kecil, apa yang penulis cuba sampaikan ialah mengenai resam hidup seorang bapa.
Panggillah ia dengan gelaran apa pun dari abah, ayah, bapak, walid, abi, papa atau daddy, seorang bapa itu seringkali dipandang sepi dan sukar untuk difahami kasih sayangnya.
Tetapi ada perkara yang tetap sama di antara kami iaitu tiada ayah yang tidak sayangkan anak-anaknya.
Seorang ayah akan berkorban apa saja untuk kebaikan dan kebahagiaan keluarganya walaupun dia mungkin tidak pandai menyatakan sayangnya secara zahir dan lisan kepada anak-anaknya mahupun isteri yang dicintai.
Seorang ayah yang mengadap TV (ataupun sekarang telefon pintar), tidak semestinya hanya melihat Instagram, Facebook atau bermain games, tapi majoritinya dia sentiasa berfikir tentang hari esok untuk keluarganya.
Di kepalanya sering ada persoalan, “bagaimana nasib anak dan isteriku jika ditakdirkan aku tiada esok? Cukupkah kehidupan untuk anak-anak dan isteriku nanti?”
Seorang bapa sentiasa berkerja kuat (baca: mengejar yang terbaik) untuk anak dan isteri kerana baginya merekalah jaminan ke syurga kelak.
Apabila matinya anak adam, maka terputuslah segalanya tentang nikmat dunia kecuali tiga perkara. Salah satunya adalah doa anak-anak yang soleh.
Jika kasih ibu membawa ke syurga, kasih seorang ayah membawa kita ke mana? Jangan lupa tonton filem Malaikat Kecil di saluran 114 TV AlHijrah jam 9 malam ini untuk menyaksikan kisah pengorbanan seorang bapa.
Kurang atau buruk manapun seorang ayah, dia tetap seorang ayah. Syurga terletak di telapak kaki ibu, tetapi tanpa ayah, mana mungkin kita melihat dan mengenal dunia. – AlHijrah Online
Penulis adalah Editor AlHijrah Media Corporation yang percaya bahawa apa-apa yang membabitkan pengorbanan dalam kehidupan harus diteruskan.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked