Trauma perang, kehilangan dan keperitan hidup menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka. Bagi yang kuat menghadapi, mereka akan terus berada di bumi Gaza, tetapi ada yang memilih untuk keluar dan mencari kehidupan baru. Jika diberi pilihan, mereka mahu memilih harapan besar untuk terus hidup dengan lebih baik.
Hujung minggu lepas saya menonton sebuah filem dokumentari bertajuk “Born in Gaza” yang diarahkan oleh Hernán Zin seorang pengarah berdarah Argentina-Itali yang banyak menerbitkan dokumentari bertemakan kisah kemanusiaan melalui lensa filem yang penuh realiti. Filem dokumentari yang sedang ditayangkan di Netflix ini adalah gambaran yang menggugah perasaan dan menyentuh hati tentang kehidupan di Jalur Gaza melalui pengalaman kanak-kanak yang belum memahami erti kedewasaan. Dokumentari ini mendalami psikologi kanak-kanak yang membesar di tengah-tengah realiti kejam sebuah konflik yang tidak berkesudahan.
Menonton dokumentari ini benar-benar menyegarkan ingatan terhadap suasana dan hiruk-pikuk bumi Gaza yang cukup memberi kesan terhadap pandangan saya terhadap konflik Kemanusiaan Palestin yang tidak pernah berhenti dengan penderitaan. Kehidupan di jalur penjara terbesar dunia ini banyak melahirkan kisah-kisah yang penuh duka. Gaza hanya seluas 360 kilometer (km) persegi dengan kepadatan penduduk sekitar dua juta orang.
Dokumentari ini membawa penonton ke dalam pengalaman hidup sepuluh kanak-kanak, menjalani hidup di tengah-tengah reruntuhan, kesakitan, dan kenangan perang yang menyebabkan 507 kanak-kanak terbunuh dan 3,598 cedera pasca perang pada tahun 2014 yang dinamakan Ma’rakat Ashfim Ma’kul. Kisah mereka adalah sangat jujur dari kaca mata seorang kanak-kanak yang nalurinya susah untuk mereka-reka cerita. Dari kenangan tragis Hamada bermain bola sepak di pantai sebelum tembakan bermula hingga pengakuan Motasem yang mahu mengakhiri hidupnya semua bercerita tentang luka yang sukar terubat.
Setiap naratif dalam dokumentari ini juga sangat mendalam, seperti kisah Bisan yang berumur enam tahun, yang bergelut dengan trauma kehilangan ibu bapanya dalam satu letupan serta kisah Udai, yang menyaksikan kematian mengerikan abangnya. Pengalaman kanak-kanak ini melampaui norma biasa dan sukar diterima akal. Memilih kanak-kanak menjadi peranan utama dalam dokumentari ini merupakan pilihan yang sangat baik apabila subjek kemanusiaan dan kejujuran itu diketengahkan.
DEWASA SEBELUM REMAJA
Berdurasi sekitar 68 minit, bagi saya Hernán Zin menyusun cerita ini dengan begitu teliti terhadap watak kanak-kanak didalam dokumentari ini. Menonton kisah setiap anak-anak ini membuatkan saya mula memahami bahawa pengalaman mereka benar-benar mendewasakan mereka dari usia. Trauma yang mereka alami membentuk kekuatan mereka untuk terus hidup dalam penjara terbuka Gaza.
Namun, saya tetap melihat kekuatan dokumentari “Born in Gaza” terletak pada ketulusan yang lahir daripada kisah mereka sebagai contoh, Mohamed yang menyelongkar timbunan sampah untuk dijual menceritakan bahawa kehidupan di Gaza ini bermula dengan kepayahan manusia yang tidak dapat melihat masa depan dengan sempurna.
9 tahun lalu, ketika musim sejuk baru berakhir, saya berpeluang berada di Jalur Gaza hampir 25 hari untuk melaksanakan penggambaran bersama krew pernerbitan dokumentari TV AlHijrah dalam menyingkap kisah kehidupan warga Gaza. Watak-watak yang wujud dalam filem “Born in Gaza” sebenarnya menggambarkan warna kehidupan lebih ribuan kanak-kanak yang berada di Sana. Suasana dan teriakan kesakitan manusia didalam hospital benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat kami ketika itu.
Hanya melihat wajah mereka, kita sudah mampu membaca kesakitan hidup yang sedang mereka lalui.
Trauma perang, kehilangan dan keperitan hidup menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka. Bagi yang kuat menghadapi, mereka akan terus berada di bumi Gaza, tetapi ada yang memilih untuk keluar dan mencari kehidupan baru. Jika diberi pilihan, mereka mahu memilih harapan besar untuk terus hidup dengan lebih baik. Tetapi apakah harapan itu mudah?
AUDIO VISUAL YANG MEMBUNGKAM JIWA: CERITA KEMANUSIAAN YANG TIADA AKHIRNYA
Representasi audio visual filem ini sangat berkesan dengan visual dron menunjukkan skala pemusnahan besar serta suntingan video dalam gerakan perlahan benar-benar memaparkan tentang cerita hidup yang penuh melankolik.
Tanpa suara latar dari skrip yang dibina dan hanya dengan temuramah dan testimoni kanak-kanak dalam dokumentari sudah cukup memberikan rasa yang mendalam apabila kita mendengar setiap perkataan yang mereka katakan. Keberkesanan audio melalui pertuturan bahasa Arab Ammiyah yang penuh perasaan dan penekanan dalam nada mereka turut menghidupkan dokumentari ini.
Hernán Zin menyusun transisi setiap kisah kanak-kanak ini dengan penuh teliti sehinggakan setiap cerita mereka sangat terkait dengan waktu-waktu sukar yang mereka tempuhi. Malahan, informasi teks di setiap akhir kisah membantu penonton untuk memahami cerita Gaza tanpa perlu mendengar suara latar.
“Born in Gaza” adalah tontonan wajib sekiranya anda mahu melayari kehidupan sebenar dunia duka Gaza, bukan hanya kerana fokus kemanusiaannya tetapi juga sebagai refleksi hidup buat penonton yang terlalu marahkan keganasan yang dilakukan oleh Zionis. Setelah menonton dokumentari ini pastinya jiwa solidariti kita buat saudara di Palestin akan lebih kuat dan berani.
Walaupun dokumentari ini mungkin hanya 1 peratus dari kisah luka Gaza yang jauh lebih sukar, saya percaya kita mampu memahami bagaimana mencabarnya sebuah kehidupan di tanah konflik yang masih berdarah melalui dokumentari “Born In Gaza”.
60 minit anda pasti berbaloi melihat kisah kanak-kanak yang penuh harapan ini!
Penulis, Mohd Lutfi Hafifi Japili merupakan penulis bebas.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked