Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEJADIAN KEPALA AIR: SEMBILAN SELAMAT, ENAM MASIH HILANG DI LAHAD DATU

DALAM NEGARA

KEJADIAN KEPALA AIR: SEMBILAN SELAMAT, ENAM MASIH HILANG DI LAHAD DATU

Sembilan individu berjaya diselamatkan manakala enam lagi rakan mereka masih hilang selepas berlaku kejadian kepala air di sungai kawasan Lembah Maksina, Makuau, Tungku dekat Lahad Datu, malam tadi.

LAHAD DATU: Sembilan individu berjaya diselamatkan manakala enam lagi rakan mereka masih hilang selepas berlaku kejadian kepala air di sungai kawasan Lembah Maksina, Makuau, Tungku dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid kesemua mereka sebelum itu menjalankan aktiviti meredah sungai dan maklumat awal yang diterima terdapat 17 individu terlibat dengan aktiviti itu namun dua daripadanya keluar lebih awal sebelum kejadian kepala air.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada 8.28 malam tadi dan seramai 11 pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55  kilometer dari bandar Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sebaik tiba di lokasi dan sembilan individu berjaya diselamatkan pada 12 tengah malam tadi dengan dua daripadanya cedera.

Beliau berkata terdapat enam individu masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat mangsa diteruskan pada 6 pagi ini selepas operasi ditangguhkan pada 1.40 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading