Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UTARA GAZA HADAPI KEBULURAN YANG MUNGKIN MEREBAK KE SELATAN

DUNIA

UTARA GAZA HADAPI KEBULURAN YANG MUNGKIN MEREBAK KE SELATAN

Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) PBB, Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke selatan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Gambar fail (AFP)

ROME: Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke selatan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

McCain mengesahkan menurut laporan diterbitkan di laman sesawang organisasi itu populasi di Semenanjung Gaza menghadapi kekurangan makanan yang akut selepas tujuh bulan diserang Israel. 

Beliau berkata kenyataannya datang daripada apa yang wakil program itu saksikan di lapangan.

“Memang betul menggerunkan dan amat sukar untuk melihat atau mendengarkannya, diharap satu gencatan senjata akan dicapai,” katanya.

Organisasi bantuan kemanusian telah memberi amaran beberapa bulan lepas bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah menjurus penduduk wilayah itu ke ambang kebuluran. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading