Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU BOIKOT: PILIHAN INDIVIDU, TELITI PANDANGAN SEMUA SUDUT – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

ISU BOIKOT: PILIHAN INDIVIDU, TELITI PANDANGAN SEMUA SUDUT – MOHD NA’IM

“Boikot ini pilihan individu, jadi ada pandangan berbeza. Kita hormat pandangan mufti, kita akan teliti dan IKIM akan ambil pendekatan lihat pandangan itu secara umum dan kita akan buat keputusan selepas itu.”

Dr Mohd Na’im Mokhtar –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Isu boikot membabitkan kedai serbaneka dan syarikat makanan segera adalah pilihan individu dan ia perlu dihormati semua pihak, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

Katanya, kerajaan akan meneliti isu terbabit bersama pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Sebagai manusia kita ada pandangan berbeza. Pandangan Mufti Perak itu kita akan teliti, saya sebagai Menteri Agama, sudah maklumkan pada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) untuk teliti pandangan itu dan tengok dari semua sudut.

“Boikot ini pilihan individu, jadi ada pandangan berbeza. Kita hormat pandangan mufti, kita akan teliti dan IKIM akan ambil pendekatan lihat pandangan itu secara umum dan kita akan buat keputusan selepas itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat di Dataran Merdeka, hari ini.

Jelas Mohd Na’im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terkesan, serta memerlukan penyelesaian terbaik secara bersama.

Terdahulu, Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh pada Jumaat berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.

Beliau menegaskan, berpandukan kaedah kehakiman Islam, satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah ialah niat dan keinginan melakukannya atau “alqasdul jinaei” (criminal intent), yang mana elemen rukun itu tidak boleh dibuktikan melalui “syahadah” atau “direct evidence.” –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading