Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN TIGA LELAKI BALING CAT MERAH KE KEDAI NASI KANDAR

DALAM NEGARA

POLIS KESAN TIGA LELAKI BALING CAT MERAH KE KEDAI NASI KANDAR

Polis giat mengesan tiga lelaki disyaki membaling cat merah ke sebuah kedai makan di Taman Machang Bubok di Bukit Mertajam, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

BUKIT MERTAJAM: Polis giat mengesan tiga lelaki disyaki membaling cat merah ke sebuah kedai makan di Taman Machang Bubok di sini seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata tiga lelaki terbabit yang menaiki dua motosikal bertindak demikian kira-kira 3 pagi pada Khamis lepas.

Beliau berkata ketika kejadian kedai dua tingkat itu belum beroperasi dan dijadual dibuka bermula hari ini.

“Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan  orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5382222 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 63 saat yang memaparkan tiga lelaki menaiki dua motosikal membaling cat merah ke sebuah kedai nasi kandar.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading