Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA LINTAS ‘HIGHWAY’ LPT 1 PUNCA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT

DALAM NEGARA

WANITA LINTAS ‘HIGHWAY’ LPT 1 PUNCA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT

Susulan itu, wanita berkenaan serta penumpang SUV dipandunya iaitu seorang lelaki warga China, 37, ditahan bagi membantu siasatan.

TEMERLOH: Seorang penunggang motosikal berkuasa besar maut selepas merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti secara mengejut, ketika pemandunya cuba mengelak seorang wanita melintas lebuh raya.

Kejadian berlaku di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Satu, berhampiran susur keluar Lanchang, Temerloh, kira-kira jam 4.18 petang semalam.

Difahamkan motosikal yang ditunggang mangsa Mohd Haziq Ramli, 34, dan pikap tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas seorang wanita berusia 35 tahun memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya di bahu jalan dan bertindak melintas lebuh raya terbabit.

“Akibat perlakuan wanita itu, sebuah pikap telah membrek secara mengejut.

“Dalam masa sama datang sebuah motosikal dari arah belakang terus merempuh bahagian belakang pikap tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Akibat rempuhan, mangsa, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum motosikal mangsa tercampak ke atas pacuan empat roda yang dirempuh.

Mazlan berkata, siasatan turut mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu wanita tersebut yang berhenti di bahu jalan dan melinat jalan.

Susulan itu, wanita berkenaan serta penumpang SUV dipandunya iaitu seorang lelaki warga China, 37, ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading