HENTI BOIKOT KK MART, TINDAKAN BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH RASULLULAH – MUFTI PERAK
Tindakan memboikot dan melakukan ancaman terhadap kedai serbaneka KK Mart perlu dihentikan kerana ianya tersasar daripada landasan keadilan Islam dan bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
IPOH: Tindakan memboikot dan melakukan ancaman terhadap kedai serbaneka KK Mart perlu dihentikan kerana ianya tersasar daripada landasan keadilan Islam dan bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi berkata, agama Islam meletakkan prinsip keadilan sejagat yang mempunyai kedudukan suci dan wajib ditegakkan terhadap semua kaum.
Katanya, berpandukan kaedah kehakiman Islam, satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah merupakan niat dan keinginan melakukannya (alqasdul jinaie).
Sebaliknya, Wan Zahidi berkata ia hanya boleh dibuktikan melalui kaedah pembuktian (qarainul ahwal).
“Daripada penjelasan yang dibuat oleh pihak pengurusan KK Mart dan permohonan maaf secara terbuka terhadap insiden yang berlaku serta penjelasan yang dibuat kepada JAKIM, ternyata kewujudan rukun alqasdul jinaein ini tidak dapat dibuktikan.
“Dengan demikian, berasaskan kaedah kehakiman Islam, tuduhan menghina agama Islam terhadap pengurusan KK Mart tidak terbukti,” katanya dalam satu sidang media khas di pejabatnya di Ipoh, hari ini.
Wan Zahidi mengulas, tindakan memboikot terhadap sesuatu kaum juga bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW yang tidak pernah memboikot walaupun terhadap musuh.
Dengan mengambil contoh boikot terhadap kaum Quraisy, Wan Zahidi berkata, berpandukan peristiwa tersebut, Rasulullah SAW meminta ketua qabilah Yamamah, Thumamah bin Uthal supaya menghentikan sekatan bahan makanan kepada kaum Quraisy yang bermusuhan terhadap Islam.
Tambahnya, isu KK Mart disensasikan lagi dengan menyemarakkan sentimen kebencian dan kemarahan serta bertentangan dengan tindakan Rasulullah SAW membentuk piagam Madinah bagi mengatur hubungan antara pelbagai etnik dalam negara Islam pertama iaitu Madinah.
Ditanya mengapa baru sekarang kenyataan tersebut dikeluarkan, Wan Zahidi berkata, ia perlu mengambil masa kerana rujukan ilmiah perlu dibuat bersandarkan fakta-fakta yang sahih di samping mengambil kira perkembangan semasa.
Kenyataan terebut juga perlu diterangkan bagi membendung tindakan-tindakan ekstrem yang tidak sepatutnya dilakukan orang Islam seperti membakar serta merosakkan premis kedai serbaneka tersebut, katanya.
Wan Zahidi menegaskan kenyataan tersebut tidak langsung menganggu proses mahkamah yang sedang dihadapi pemilik kedai serbaneka tersebut sebaliknya ia hanyta menyentuh soal prinsip keadilan dalam agama Islam.
Pada 13 Mac lalu, tular isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway yang dimuat naik pengguna sebelum pengurusan tertinggi KK Mart menyatakan kesal dengan insiden tersebut pada 16 Mac.
Kes tersebut sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, bagaimanapun pengasas kumpulan syarikat KK Mart, Datuk Seri KK Chai dan isterinya Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager