Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO TULAR MPV KEJAR DUA LELAKI BUKAN KES SAMUN – POLIS KLANG

DALAM NEGARA

VIDEO TULAR MPV KEJAR DUA LELAKI BUKAN KES SAMUN – POLIS KLANG

Pemeriksaan terhadap suspek mendapati kedua-duanya bukan warganegara Malaysia tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tiada membawa barang-barang yang menyalahi undang-undang.

KLANG: Polis mengesahkan video tular memaparkan insiden kejar mengejar antara sebuah unit kereta peronda (MPV) dan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Pasar Malam, Meru, Klang, bukan kes samun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, kejadian berlaku pada 2 Mei kira-kira jam 1 tengah hari melibatkan MPV polis yang meronda di kawasan Meru terserempak dengan dua suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15, dalam keadaan mencurigakan.

“Polis menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang dinaiki namun kedua-dua suspek melarikan diri sebelum polis berjaya menahan suspek.

“Pemeriksaan terhadap suspek mendapati kedua-duanya bukan warganegara Malaysia tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tiada membawa barang-barang yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun polis telah mengeluarkan saman terhadap penunggang motosikal kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Sebelum ini tular video insiden kejar-mengejar antara polis dan dua lelaki yang menaiki motosikal dipercayai terlibat kes samun, di Bukit Kapar, Meru Klang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading