Sebelum ini tular satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan dan dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum seorang daripada mereka menyalakan api dan membakarnya.
KAJANG: Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di sini, bulan lepas.
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menetapkan 27 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap remaja itu dan bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mahkamah turut membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.
Remaja itu bersama dua lagi yang masih bebas didakwa secara kejam menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan itu pada 1.08 petang, 22 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu serius kerana ia melibatkan penganiayaan terhadap haiwan selain kes berkepentingan awam.
Dalam rayuan ibu remaja itu yang berumur 30 tahun mewakili anaknya, dia memohon jaminan rendah kerana dia bekerja di sebuah syarikat elektronik dengan pendapatan RM1,500 sebulan serta menanggung ibunya yang berumur 63 tahun.
Sebelum ini tular satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan dan dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum seorang daripada mereka menyalakan api dan membakarnya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked