TH PASTIKAN 31,600 JEMAAH HAJI BERPELUANG ZIARAH RAUDAH
Tabung Haji akan membuat permohonan secara rasmi menerusi aplikasi nusuk untuk kesemua 31,600 jemaah haji melakukan ziarah Raudah. Bagaimanapun kelulusan bergantung kepada pihak pengurusan Masjid Nabawi.
MADINAH: Tabung Haji (TH) memberi jaminan akan memastikan kesemua 31,600 jemaah haji bagi musim 1445H/2024 akan mendapat peluang untuk melakukan ziarah Raudah iaitu satu daripada pengisian ketika mereka berada di sini selama enam hari lima malam.
Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah Ashrof Shamsuddin berkata permohonan untuk aktiviti itu akan dilakukan oleh pihak TH sendiri menerusi aplikasi Nusuk mengikut kumpulan KT atau kumpulan penerbangan dan disusun mengikut tarikh ketibaan.
“Insya-Allah, Tabung Haji akan membuat permohonan secara rasmi menerusi aplikasi nusuk untuk kesemua 31,600 jemaah haji melakukan ziarah Raudah. Bagaimanapun kelulusan bergantung kepada pihak pengurusan Masjid Nabawi.
“Jadual ziarah akan diberikan oleh pihak zon iaitu tempat jemaah haji menginap bagi membuat aturan pergerakan kerana kita mengetahui bahawa pergerakan jemaah haji untuk memasuki raudah ini adalah dikawal dan disusun oleh pihak pengurusan Masjid Nabawi,” katanya dalam sidang media di Pejabat Operasi TH di sini hari ini.
Ashrof berkata terdapat perbezaan pergerakan antara jemaah haji wanita dan jemaah haji lelaki selain perbezaan masa untuk melakukan ziarah.
Kumpulan jemaah haji katanya akan dipimpin oleh Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci TH yang akan membawa jemaah haji ke kawasan Raudah dan permit kemasukan itu akan diberikan kepada penjaga pintu masuk Raudah untuk membolehkan mereka beribadah dalam tempoh masa tertentu.
Sementara itu, untuk jemaah haji yang berusia, TH akan mengenal pasti keupayaan kesihatan mereka dan waris sebelum menawarkan bantuan pergerakan untuk mengunjungi Raudah.
“Jika tidak ada waris, petugas akan membantu pergerakan jemaah yang berusia ini dari tempat penginapan ke masjid Nabawi atau sekiranya tidak boleh berjalan tetapi sihat untuk bergerak ke Masjid Nabawi, TH juga ada menyediakan bantuan kerusi roda untuk membawa jemaah ini ke Raudah,” katanya.
Mengikut rekod TH, daripada jumlah keseluruhan 31,600 jemaah haji pada tahun ini, 36 peratus jemaah adalah berusia 60 tahun ke atas, manakala bakinya 60 tahun ke bawah.
Aktiviti ziarah Raudah merupakan sebahagian daripada pengisian program Ziarah Dalam yang diatur oleh pihak TH untuk kesemua jemaah haji sepanjang jemaah berada enam hari lima malam di Madinah selain Ziarah Luar.
Sementara itu, mengulas kepentingan aktiviti melakukan aktiviti ziarah sepanjang berada di Madinah, Ashrof berkata menerusi aktiviti itu, TH mengharapkan jemaah mendapat pelbagai kebaikan dan iktibar daripada kisah sejarah di tempat yang dilawati.
Antara tempat Ziarah Luar yang diatur untuk para jemaah haji termasuk masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW itu Masjid Quba dan Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai dua arah kiblat.
Masjid berkenaan yang mulanya dikenali Masjid Bani Salamah, mempunyai arah kiblat menghadap Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis sebelum turun wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW untuk menukar arah kiblat ke Masjidil Haram semasa Baginda sedang solat Zohor di masjid itu.
Selain itu, para jemaah haji juga akan dibawa ziarah secara kumpulan dengan menaiki bas ke Masjid Tujuh, Bukit Uhud serta ke ladang kurma.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.