Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH MENTERI, KETUA JABATAN HARUS KEMUKAKAN NAMA KAMPUNG DIWAKILI SECEPAT MUNGKIN – ANWAR

DALAM NEGARA

JEMAAH MENTERI, KETUA JABATAN HARUS KEMUKAKAN NAMA KAMPUNG DIWAKILI SECEPAT MUNGKIN – ANWAR

Beliau berkata ini adalah cetusan idea dan pendekatan baharu yang diketengahkan, agar masalah-masalah yang telah lama membarah di kawasan-kawasan desa dapat ditangani secara bersaluran dan berkesan.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jemaah Menteri serta ketua-ketua jabatan mengemukakan nama kampung yang mereka akan wakili secepat mungkin bagi membantu usaha menaik taraf kehidupan penduduk di kampung berkenaan, terutama golongan miskin.

Beliau berkata ini adalah cetusan idea dan pendekatan baharu yang diketengahkan, agar masalah-masalah yang telah lama membarah di kawasan-kawasan desa dapat ditangani secara bersaluran dan berkesan.

“Mereka mesti mendengar setiap masalah dan cuba selesaikan. Masalah pengangguran, keciciran, misalnya, dapat diperbetulkan dengan lebih tangkas.

“Negara yang MADANI harus bermula dari bawah dan bergerak tegak atas landasan dan jalur perubahan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar berkata kerajaan telah membelanjakan lebih RM22 bilion bagi tujuan membantu orang miskin melalui pelbagai kementerian dan jabatan, bardasarkan input yang diperoleh daripada ketua kampung dan penghulu hasil perjumpaan di antara wakil-wakil jabatan dan menteri.

Beliau berkata sebaiknya ketua-ketua jabatan dan menteri mengambil kampung asal mereka dan membantu orang di kampung berkenaan.

Sementara itu Perdana Menteri turut menggesa penjawat awam menjaga integriti dan nama baik perkhidmatan agar tidak mencemarkan imej keseluruhan tenaga kerja sektor berkenaan.

Mengenai usaha menarik minat pelabur asing, Anwar berkata beliau akan mengadakan pertemuan secara dalam talian dengan syarikat gergasi teknologi Google hari ini.

Baru-baru ini, Microsoft telah mengumumkan pelaburan RM10.5 bilion di Malaysia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading