Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

356 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN DI KILANG KOMPONEN KOMPUTER

DALAM NEGARA

356 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN DI KILANG KOMPONEN KOMPUTER

Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan 356 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah kilang komponen komputer di kawasan Perindustrian Tebrau, di Johor Bahru, Selasa lepas.

Sumber: Imigresen Johor

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan 356 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah kilang komponen komputer di kawasan Perindustrian Tebrau, di sini, Selasa lepas.

Pengarahnya Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata serbuan pada 7 malam turut disertai pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dan dibuat setelah risikan mengesahkan kilang itu menggaji pendatang tanpa izin.

“Semasa sebuan ada yang cuba meloloskan diri namun anggota penguat kuasa berjaya menutup laluan keluar. Selain itu, dua warga tempatan yang merupakan pegawai sumber manusia juga ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata pendatang tanpa izin ditahan terdiri daripada 246 lelaki dari Myanmar, Bangladesh (26), India (22), Pakistan (tiga) serta masing-masing seorang Nepal dan Filipina manakala wanita terdiri daripada 53 Myanmar, Indonesia (tiga) serta seorang Nepal. 

Kesemua mereka berusia antara 18 hingga 46 tahun.

Mereka ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading