
SHAH ALAM: Bekas bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Abu Bakar Sairi, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 72 tahun meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, selepas bertarung dengan kanser hati, sejak tahun lepas.
Jenazah Allahyarham telah diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 10 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 pada kira-kira 10.45 pagi tadi.
Allahyarham telah berkhidmat sebagai bilal di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selama 27 tahun bermula 1987 hingga 2014 sebelum meneruskan khidmat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.—AlHijrah Online