Berpuasa tidak harus menjadi halangan untuk umat Islam bersenam, malah aktiviti itu mampu membuatkan seseorang lebih cergas melakukan ibadah, pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
KUALA LUMPUR: Berpuasa tidak harus menjadi halangan untuk umat Islam bersenam, malah aktiviti itu mampu membuatkan seseorang lebih cergas melakukan ibadah, pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Ketua Jabatan Pengajian Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Tengku Fadilah Tengku Kamalden berkata dengan melakukan senaman semasa bulan puasa, tubuh akan lebih peka ketika mengerjakan solat tarawih selain mendapat tidur yang lebih nyenyak.
“Fungsi senaman adalah untuk kita mengekalkan berat badan dan kecergasan. Contohnya, apabila bersenam pada waktu petang, sebelah malamnya kita mudah melakukan ibadah tarawih.
“Jadi, bersenam semasa bulan Ramadan sememangnya indah dan bukan satu halangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Tengku Fadilah berkata bagi mereka yang bersenam pada bulan puasa, kalori yang diambil perlulah hampir sama dengan ketika bersenam pada hari-hari biasa, selain mengelakkan pengambilan karbohidrat dan minuman bergula secara berlebihan, kerana hanya akan membuatkan tubuh lebih lesu.
“Ketika bersenam, seseorang itu akan mengalami proses kecut regang otot, jadi pengambilan protein membantu memperbaiki semula tubuh. Sel darah, otot, dan hormon semuanya dibina melalui protein yang akan membantu tubuh berfungsi dengan baik.
“Bagi mendapatkan sumber protein yang cukup untuk sepanjang hari, kita boleh bersahur dengan hanya dua biji telur rebus sahaja,” katanya.
Sementara itu, pakar nutrisi kesihatan Persatuan Pemakanan Sukan Antarabangsa (ISSN) yang juga jurulatih pemakanan sukan dan kecergasan, Aimran Jamil berkata waktu yang sesuai untuk bersenam pada bulan puasa adalah 30 minit atau sejam, sebelum berbuka.
Beliau yang juga bersenam pada bulan puasa bagi mengelakkan tahap kecergasannya merosot, berkata antara senaman yang dilakukan ialah berbasikal, berlari dan ‘bodyweight workout’.
“Intensiti tak perlu berlebihan sangat sampai penat atau tekak kering. Cukup hanya dengan berpeluh, contohnya kalau berlari tetapkan dulu masa selama 30 minit, kemudian naikkan kepada 40 minit.
“Jika ingin menurunkan berat badan ketika bulan puasa ini, tidak perlu terlampau paksa diri untuk bersenam takut menjejaskan diri sendiri. Cukup hanya dengan defisit kalori dan jaga pemakanan, berat badan akan mampu dikurangkan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager