ASTANA – KAZAKHSTAN – Ketika Gulzira Auelkhan sedang gigih menjahit sarung tangan di sebuah kilang di wilayah Xinjiang, pengurusnya tanpa berselindung memberitahu di mana produk itu akan dijual.
“Mereka memberitahu kami secara terbuka bahawa sarung tangan itu akan
dijual ke luar negara. Jadi, kami perlu buat kerja dengan baik,”
katanya.
Auelkhan, 39, rakyat China berketurunan Kazakh mendakwa dia pernah menjadi sebahagian daripada rangkaian minoriti Islam di Xinjiang yang dimasukkan ke ‘pusat latihan vokasional’ kemudian ke kilang di mana mereka dipaksa bekerja dan ditawarkan bayaran jauh lebih rendah daripada gaji minimum.
Beijing mendakwa pusat pendidikan semula itu adalah sebahagian
daripada usaha untuk memerangi keganasan dan kumpulan pemisah di
Xinjiang, wilayah yang didiami majoriti etnik minoriti Islam.
Ia turut menafikan penggunaan buruh paksa seperti didakwa kebanyakan mangsa.
Tetapi,
kumpulan hak asasi manusia dan bekas pekerja seperti Auelkhan mendakwa
amalan ke atas kumpulan minoriti itu digunakan secara meluas dan sebuah
syarikat asing turut menarik diri atas kebimbangan itu.
Menurut
Auelkhan, dia dipindahkan ke kilang sarung tangan di estet perindustrian
Jiafang di daerah Yining itu selepas menghabiskan masa selama 15 bulan
di dua pusat pendidikan berbeza di kemudahan terbabit.
PBB
mendakwa lebih sejuta penduduk minoriti Islam sebahagian besar etnik
Uighur, Kazakh, Kyrgyz dan Hui ditahan di pusat pengasingan di seluruh
Xinjiang.
Auelkhan yang mempunyai hak menetap di Kazakhstan telah
ditahan di ‘pusat pendidikan semula’ itu ketika dia berkunjung ke China
untuk melawat keluarganya.
Jelasnya, kehidupan di dalam kem itu
sangat kejam kerana ada yang dipukul dengan baton elektrik pada kepala
hanya kerana menggunakan bilik air lebih dua minit.
Dibayar gaji sangat rendah
“Setiap
hari kami dibawa ke dan dari asrama yang terletak kira-kira 3 kilometer
dari kilang itu. Ketika kami ‘belajar’ di kem tersebut, mereka
memberitahu kami akan diajar tentang perdagangan selama tiga bulan,”
katanya.
Wanita itu berkata, dia hanya dibayar 320 yuan (RM194)
untuk gaji bekerja selama hampir dua bulan sebelum tempoh tersebut
dikurangkan pada Disember dan dibenarkan kembali ke pangkuan keluarganya
di Kazakhstan.
Purata gaji minimum di Xinjiang adalah antara 820 yuan (RM500) dan 1,460 yuan (RM888) sebulan.
Penduduk Kazakh menunjukkan gambar ahli keluarga mereka yang ditahan di ‘pusat pendidikan semula’ di Xinjiang
Tetapi, Beijing dan pegawai di wilayah itu menafikan sekeras-kerasnya kaitan antara kem itu dan buruh dibayar gaji rendah.
Wakil
pejabat media kerajaan wilayah autonomi Xinjiang menerusi emel
memaklumkan tiada kontrak buruh antara Pusat Pendidikan dan Latihan
Perusahaan dan tiada yang mendapatkan buruh dari pusat latihan terbabit.
Namun,
kumpulan hak asasi manusia menegaskan kedua-duanya ada kaitan malah
beberapa syarikat asing mula sedar dengan perkara itu.
Bulan
lalu, syarikat berpusat di North Carolina, Badger Sportswear mengumumkan
ia akan menghentikan pengambilan sumber pakaian daripada pembekal
Hetian Taida selepas mengetahui tentang penggunaan buruh paksa tersebut.
Auelkhan
percaya dia dibebaskan daripada ‘cengkaman buruh paksa’ itu kerana
kempen awam dilancarkan suaminya dan kumpulan hak asasi manusia di
Almaty.
Ketika lawatan ke kumpulan hak asasi manusia Ata Jurt di
Almaty, wakil AFP turut bertemu dengan beberapa penduduk Kazakh yang
mendedahkan saudara mara mereka yang ditempatkan di kem pendidikan
semula juga berdepan bentuk pengasingan lain.
Salah seorang
daripada mereka adalah Aibota Janibek, 34, yang mendakwa kakaknya,
Kunikei Janibek menghubunginya dari Xinjiang pada bulan lalu selepas
beberapa bulan hilang tanpa khabar berita.
“Dia mengesahkan telah ‘diberi kerja’ di sebuah kilang permaidani di daerah Shawan. Saya dapat tahu dia telah dipindahkan dari kilang permaidani ke perusahaan lain yang menghasilkan tuala kertas untuk pesawat,” ujarnya. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager