Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERADIK MAUT DILANGGAR LARI KETIKA KE SEKOLAH

DALAM NEGARA

DUA BERADIK MAUT DILANGGAR LARI KETIKA KE SEKOLAH

Kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 13 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Sumber gambar: Media sosial

IPOH: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 13 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Kejadian berlaku sekitar 7.12 pagi apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar menghala ke Ipoh memasuki simpang sebelah kanan menghala ke Taman Desa Salak secara mengejut.

“Akibat tindakan tersebut menyebabkan pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan,” katanya melalui satu kenyataan.

Mohd Khaizam berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihak polis masih mengesan pemandu dan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang telah melarikan diri dan sehingga kini masih belum membuat laporan.

“Sehubungan itu, pihak polis menyeru kepada orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Kasidi Che Ghani di talian 014-5073473 untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan maklumat tidak sahih kerana ia boleh mengganggu siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading