EWARGA EMAS BANTU TINGKAT KECEKAPAN PERKHIDMATAN WARGA EMAS – NORAINI
PUTRAJAYA: Portal sistem warga emas (eWarga Emas) yang dilancarkan hari ini dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika berucap pada Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Bernama
PUTRAJAYA: Portal sistem warga emas (eWarga Emas) yang dilancarkan semalam dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad.
Noraini berkata portal itu akan memberi impak positif kepada kerajaan kerana ia dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan agensi yang terlibat dalam merancang, menganalisis, mengurus dan memantau warga emas, kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
“Sistem eWarga Emas diperkenalkan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan warga emas.
“Ia membantu dalam pengurusan data, perancangan dasar dan menyokong warga emas mendapatkan maklumat seperti peluang pekerjaan serta kemudahan berkaitan,” katanya berucap pada majlis sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Penuaan Bermaruah: Memperkukuh Sistem Penjagaan dan Sokongan Warga Emas’ di Putrajaya.
Beliau berkata portal eWarga Emas merupakan satu daripada lapan inisiatif yang dilaksanakan KPWKM selaku peneraju dalam bidang perkhidmatan kepada warga emas.
Beliau berkata inisiatif lain termasuk melaksanakan program Pemerkasaan Warga Emas PAWE@3A, memperkasakan institusi warga emas, mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas dan menyediakan Pelan Tindakan Industri Penjagaan.
Noraini berkata kesemua inisiatif itu dilaksanakan mengambil kira unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang merekodkan terdapat 3.9 juta warga emas di negara ini dan Malaysia akan menjadi negara tua dengan 15.3 peratus penduduk berusia 60 tahun dan ke atas menjelang 2030.
Sementara itu, penerima Anugerah Khas Warga Emas kategori lelaki, Tan Sri Lee Lam Thye menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan yang amat dihargai setelah lebih 50 tahun menyumbang jasa dalam pelbagai bidang antaranya memperjuangkan hak pekerja, menentang amalan rasuah dan pencegahan jenayah.
Anak kelahiran Ipoh, Perak berusia 78 tahun yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang selama lebih 20 tahun itu berkata anugerah itu merupakan pengiktirafan terbaik bagi menghargai jasa golongan warga emas di negara ini.
“Walaupun jasa bakti dicurahkan sewaktu muda, saya rasa mereka banyak menyumbang kepada negara dan bagi warga emas yang masih sihat dari segi kesihatan mereka boleh terus memberikan sumbangan,” kata bekas Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara itu.
Mengulas mengenai RUU Warga Emas, aktivis sosial itu berpendapat sudah tiba masanya negara mempunyai satu undang-undang khusus untuk warga emas demi menjaga kesejahteraan, perlindungan kebajikan, hak asasi serta pemerkasaan golongan tersebut.
Pada 24 Jun lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata KPWKM masih dalam proses menyiapkan RUU berkenaan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager