INSENTIF PERTAMA KALI BUAT ANGGOTA SUKARELAWAN, PETUNJUK BAHARU PERHATIAN KERAJAAN
“Saya anggap pemberian ini satu usaha kerajaan untuk berikan respons dan zahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang mana sebelum ini tidak pernah dibuat atau diterima sukarelawan.”
KUALA LUMPUR: Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 anggota sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Aminurrahim Mohamed berkata ia juga adalah satu bentuk pengiktirafan kerajaan selain reaksi penghargaan kepada mereka yang sedia berbakti tidak kira masa.
“Saya anggap pemberian ini satu usaha kerajaan untuk berikan respons dan zahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang mana sebelum ini tidak pernah dibuat atau diterima sukarelawan.”
“Kami di APM mempunyai lebih ramai anggota sukarelawan iaitu kira-kira 10,000 berbanding anggota tetap di seluruh negara yang hanya 1,300. Jadi sememangnya kami sangat bergantung harap kepada mereka,” katanya
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Datuk Yahya Sulaiman berkata pemberian insentif tambahan dalam Belanjawan 2023 itu merupakan aspirasi Malaysia MADANI yang direalisasikan kepada setiap kumpulan masyarakat termasuk anggota sukarelawan.
Beliau berkata ini menunjukkan kerajaan hari ini bukan hanya sekadar cakap kosong sebaliknya melaksanakan setiap apa yang dihasratkan dalam gagasan tersebut terutamanya dalam memastikan tiada golongan yang tercicir.
“Mereka (kerajaan) tidak hanya cakap, tetapi merealisaikannya. Ini menunjukkan elemen insan yang mengambil kira urusan manusiawi. Kita bekerja, kerajaan juga bekerja,” katanya sambil menzahirkan terima kasih kepada kerajaan yang menghargai pengorbanan anggota sukarelawan RELA yang disifatkannya sebagai wira yang tidak didendang.
Pada masa sama, anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Balai Bomba Sukarela Beranang, Selangor, Mohd Yusof Shafee Mohamad, 44, berkata pemberian ‘duit raya’ berkenaan tentunya akan lebih menaikkan semangat untuk anggota sukarelawan bertugas.
Yusof Shafee yang memulakan perkhidmatan sebagai PBS pada 1998 itu bagaimanapun berharap agar lebih penjelasan diberikan terhadap siapa yang benar-benar akan menerima bantuan tersebut kerana menurutnya perkara tersebut masih menjadi persoalan dalam kalangan anggota sukarelawan bomba.
“Dalam bomba, selain PBS ada juga Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang kerjanya macam RELA. Ada kerja maka adalah gaji, tapi dia perlu kerja. Mereka ni asalnya adalah sukarelawan berbayar tapi macam sebelum ini, kalau kerajaan umumkan bonus misalnya, mereka tidak menerimanya,” katanya.
Sementara itu, Sofea Ezzora Mohd Asri, anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) di Ibu Pejabat APM Kuala Lumpur berkata pemberian sagu hati RM300 itu merupakan satu penghargaan buat APM.
“Ia merupakan satu berita gembira dan perhatian yang tinggi buat APM terhadap kebajikan anggota APM seluruh negara,” katanya.
Rabu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara berkata Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM300 kepada lebih 200,000 anggota sukarelawan RELA, APM, sukarelawan polis dan bomba.
Beliau dipetik sebagai berkata pemberian insentif itu dibuat setelah hasil penelitian Belanjawan 2023 mendapati ada kategori yang tidak menerima manfaat yang sama membabitkan mereka dalam kalangan bukan pekerja tetap.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager