Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH NUR FARAH KARTINI SELAMAT DIKEBUMIKAN DI PEKAN

DALAM NEGARA

JENAZAH NUR FARAH KARTINI SELAMAT DIKEBUMIKAN DI PEKAN

PEKAN: Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah selamat dikebumikan pada 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, di sini hari ini.

Van yang membawa jenazah bekas penuntut  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 4.55 petang selepas dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Pengebumian Nur Farah Kartini, 25, dalam keadaan cuaca tenang dan berangin itu turut dihadiri ahli keluarga mangsa, rakan dan penduduk kampung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Najib yang mewakili kerajaan negeri turut hadir di tanah perkuburan itu.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading