Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK AUTISME LEMAS DALAM TASIK

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK AUTISME LEMAS DALAM TASIK

Seorang kanak-kanak autisme berusia 9 tahun ditemukan lemas di tasik di sebuah hotel di Lukut, di Port Dickson semalam.

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak autisme berusia 9 tahun ditemukan lemas di tasik di sebuah hotel di Lukut, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang ahli keluarga mangsa yang melaporkan mangsa telah lemas dan disahkan meninggal dunia.

“Kejadian disedari berlaku lebih kurang 3.30 petang semalam, mangsa didapati telah keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarga.

“Mangsa merupakan seorang kurang upaya (autisme) yang berada di tempat lokasi tersebut bersama keluarga untuk bercuti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa ditemui lemas dalam tasik oleh kakitangan hotel dan ahli keluarga yang menjalankan pencarian selepas menyedari ketiadaan mangsa di dalam bilik.

Katanya hasil bedah siasat dijalankan pada jam 10 pagi tadi di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson mengesahkan punca kematian adalah “drowning”.

“Kes disiasat di bawah mati mengejut (SDR),” katanya—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading