KEPALA AIR KEMAMAN: SEMBILAN MAYAT BERJAYA DITEMUKAN, SATU LAGI MASIH HILANG
Sebanyak tujuh lagi mayat mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, di sini berjaya ditemukan hari ini, menjadikan keseluruhan sembilan mayat mangsa telah dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini.
CHUKAI: Sebanyak tujuh lagi mayat mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, di sini berjaya ditemukan hari ini, menjadikan keseluruhan sembilan mayat mangsa telah dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini.
Tiga daripada daripada mayat itu disahkan identitinya sebagai Putri Aryana Umaira Karim, 4, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Nurerina Natasya Karim, 10, manakala satu lagi mangsa masih hilang.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kesemua tujuh mayat berkenaan ditemukan di sektor A dan B di kawasan seluas 25 kilometer (km) dari lokasi kejadian.
“Kesemua mereka ditemukan antara pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari tadi dalam keadaan tersangkut pada dahan pokok, terapung di permukaan air dan di pinggir sungai.
“Keseluruhannya, dua mayat lelaki dewasa, satu wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan ditemukan hari ini. Bagaimanapun,empat daripada mereka masih belum dapat disahkan identiti,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini hari ini.
Menurutnya setakat ini, kawasan pencarian telah meliputi sebanyak 25 km daripada keseluruhan jangkaan 32 km radius operasi SAR.
Mazli berkata keadaan cuaca yang baik dengan arus sungai yang semakin perlahan membantu memudahkan operasi pencarian yang kini diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa.
Semalam, media melaporkan 10 individu dengan sembilan daripadanya adalah sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang manakala seorang lelaki dari Batu Pahat, Johor dipercayai tunang kepada seorang daripada ahli keluarga itu telah datang ke Jeram Air Putih di sini untuk berkelah pada Sabtu, sebelum dihanyutkan arus deras fenomena itu.
Dua mayat pertama telah ditemukan orang ramai tengah hari semalam iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked