KUALA LUMPUR – Bagi memastikan ekonomi negara terus mampan dan berdaya saing, kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk menangani ketidakyakinan pelabur luar terhadap keteguhan ekonomi negara.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, jika berlaku salah laku kerajaan lama ia wajar diserahkan kepada pihak berkuasa dan bukannya meneruskan polemik politik kepartian yang membuang masa dan fokus dari kerja sebenar mengurus negara.
“Walaupun tadbir urus yang baik adalah intipati prinsip utama kerajaan persekutuan hari ini, tidak semua perkara boleh diuar-uarkan kepada masyarakat awam atas nama ketelusan demi menjaga sentimen pasaran.
“Kabinet seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi isyarat negatif dan mengurangkan kepercayaan pelabur,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Terengganu, hari ini.
Menurutnya, sebagai contoh pengumuman mengejut pemindahan aset Tabung Haji (TH) kepada SPV pada Disember tahun lalu menyebabkan nilai 10 syarikat terbesar milik institusi itu merosot RM607 juta dalam tempoh seminggu.
“Saya fikir pembangkang pun sedia memberi kerjasama bagi menjayakan matlamat Perdana Menteri memulihkan ekonomi negara.
“Ini
antara intipati budaya politik matang dan sejahtera yang semakin
difahami rakyat. Mereka sudah muak dengan politik ‘ala rimba’ yang sarat
dengan fitnah dan mengadu domba,” katanya.
Ahmad Amzad berkata,
beliau tertarik dengan laporan portal ekonomi antarabangsa, Bloomberg
yang menggelarkan pasaran saham Malaysia sebagai ‘World’s Worst Major
Stock Market 2019’.
Sebagai rekod, pasaran saham BSKL merosot 14 peratus sejak Mei 2018 dan 3.5 peratus pada 2019. Kemerosotan ketara ini sudah tentu tidak baik kepada ekonomi.
“Ia memberi kesan langsung kepada syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) yang membuat pelaburan aktif di dalam pasaran saham
seperti KWSP, Khazanah, Tabung Haji, PNB,” katanya.
Menurutnya, kemerosoran pasaran itu sudah tentu akan menjejaskan pulangan dividen kepada pencarum dan rakyat keseluruhan pada tahun-tahun akan datang.
“Memburukkan lagi keadaan adalah apabila sebuah firma pengurusan dana terkemuka Asia pula mengeluarkan kenyataan bahawa pasaran saham Malaysia adalah ‘membosankan’.
“Kenyataan ini sudah tentu berdasarkan prestasi BSKL yang lemah dan akan memberi kesan kepada persepsi pelabur luar,” katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager