KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAI KEBAJIKAN GURU KAFA – IDRIS AHMAD
Datuk Idris Ahmad berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan peningkatan kebajikan kumpulan tersebut termasuk dalam hal berkaitan dengan status perjawatan.
Datuk Idris Ahmad ketika diwawancara di program Analisis TV AlHijrah.
KUALA LUMPUR: Dakwaan yang mengatakan kerajaan tidak mengambil berat terhadap kebajikan 35,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Malaysia adalah tidak benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ini kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan peningkatan kebajikan kumpulan tersebut termasuk dalam hal berkaitan dengan status perjawatan.
“Pendapatan guru KAFA telah ditingkatkan sejak 2016 dari RM700 kepada RM1,000 pada masa kini dan kerana itu kerajaan sendiri melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membiayai sebanyak RM481 juta untuk guru KAFA.
“Ertinya daripada peruntukan lebih kurang RM1.5 bilion untuk Jakim hampir dekat setengah bilion ialah untuk guru KAFA,” katanya dalam program Analisis yang bersiaran langsung di TV Alhijrah, semalam.
Beliau berkata, pendapatan yang diterima oleh guru KAFA itu juga perlu mengambil kira tahap tugasan dipikul oleh kumpulan berkenaan.
Selain itu, Idris menambah, aspek kebajikan juga telah diolah melalui beberapa penambahbaikan seperti pengenalan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Kita juga sediakan kemudahan lain antaranya seperti cuti berelaun, cuti rehat khas selama tujuh hari setahun, cuti sakit tidak melebihi 15 hari setahun dan cuti tanpa rekod untuk cuti peristiwa,” ujarnya.
Mengulas mengenai penangguhan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh kepada guru (KAFA), Idris berkata, cadangan penambahbaikan itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kekangan dalam prosedur peruntukan kewangan.
Jakim pada awal tahun ini mengumumkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru KAFA.
Dilaporkan, kemudahan itu akan diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuat kuasa dan selaras penambahbaikan Peraturan KAFA Tahun 2022 yang memasukkan perkara berkaitan cuti bersalin berelaun selama 60 hari. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager